Friday, July 29, 2011

Label baru!

Semalam tengok match Malaysia - Singapura, depan tv aje. Ditemani McDonalds GCB, DCB & pulut durian.

Oh, tak berapa tepat sebenarnya sebab menatang2 tu tak sempat nak tengok game. Semua dah pindah dalam perut by the time wisel ditiup.

Anyway, game semalam rasanya sangat menyesakkan dada & menyemakkan perut.

Bila start je, tak sampai berapa minit, dah ada player tergolek, kad kuning melayang, free kick dihadiahkan. Senario yang sama berlaku berulang2 sampai rasa gerammm hati ni. MAIN la weh, apa niii??

Tak dinafikan Singapura memang handal & Malaysia nampak gelisah nak mencari 2 gol, di samping misi penting seterusnya adalah tak nak kasi Singapura menyumbat walau satu gol pun ke gawang kita. Wah, dalam satu masa nak cover 2 benda kan? Parah.

Main lagi. Tendang bola pi mai, pi mai, masih tak ada satu gol pun yang disumbat oleh kedua2 pasukan. Team Malaysia nampak ada daya usaha yang tinggi, tapi strategi kurang bagus di mana pertahanan lemah, serangan pun tak diatur rapi. Semangat aje berapi2 tapi takde strategi tak boleh jugak ok?

Singapura nampaknya lebih banyak membuat cubaan menyumbat gol berbanding Malaysia. Tapii, yang bestnya kesemua cubaan berjaya dihalang oleh penjaga gol si Khairul Fahmi & kadang2 ada bantuan dari pemain2 pertahanan. Tapi most of the time macam one man show je lah si Khairul Fahmi ni. Kan ke bagus kalau dia yang jaga gol masa kita lawan di Singapura dulu?

Tengah2 sedap main, si Aidil Zafuan (pemain pertahanan) pulak sakit kaki (lagi) lalu digantikan dengan Muslim Ahmad. Ah, takpelah. Katanya Muslim Ahmad pun bagus jugak (pakcik Hasbullah Awang yang kata gitu). Game bersambung macam biasa, dengan pemain2 Singapura nampak nyata cuba melengah2kan permainan. Ye lah, Singapura memang akan menang pun, sekiranya kedua2 pasukan tak menyumbat gol langsung semalam.

Akhirnya, pada minit ke 57, Safee Sali berjaya menyumbatkan satu gol untuk Malaysia! Masa tu kawasan sekitar rumah termasuklah dalam rumah kita sendiri bingit dengan jeritan kegumbiraan penyokong2. Hahhh. Lega. At last kita dapat 1!

Masa tu dah bersemangat membara2, come on Malaysia jom cuba lagi satu gol! Permainan semakin rancak tapi memang susah nak melepasi pertahanan Singapura.

Dalam pada mencuba nak membolos gol lawan, sedar2 penyerang Singapura, Jiayi, berlari2 membawa bola hampir ke gawang gol dan merembat masuk bola. Pemain2 pertahan Malaysia were no where near, lalu terkulat2 la si Khairul Fahmi sorang2 cuba menepis serangan, tapi gol jugak. Huwaaa, kecewa i.

Pemain2 Malaysia cuba bermati2an mencari extra gol, tapi harapan tinggal harapan. Tambah2 lagi di waktu kecemasan, Ahmad Fakri si penyerang gantian dapat kad merah pulak. Ah, stress!!!

Perlawanan berakhir dengan Malaysia 1, Singapura 1.

Yang membawa makna Malaysia tak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya untuk kelayakan piala dunia. :(

Tak mengapa, akan datang, kita mesti boleh!!!! Dengan syarat Khairul Fahmi jaga gol okeh. ;p


p/s: Ulasan dari seorang perempuan yang tak minat bola. Katanya.

4 comments:

lara mikhael said...

ayu, ulasan kamu lebih bagus dari ulasan hasbullah awang..hahah! kadang-kadang dia mengulas macam merapu..pada pendengaran ai lah :))

NM02 said...

sgapore suker wat drama... mencik!

manis selalu said...

Ayu,pasai penjaga gol tu Maksu sokong 100%..Rajagobal tu silap tak bw turun dia kat Singapore.....hampeh...

Ayu said...

Chempaka - Pakcik Hasbullah kita tu walaupun kdg2 merepek tapi suara dia mmg sedap didengar. Heheh..

NM - Tu lah, sabar je la. Sakit betul2 ke tipu2, Allah SWT je lah yang maha mengetahui. : )

Maksu - kann?? Kalau haritu lagi Apek yg jaga, mungkin tak la sampai 5 bijik bola bolos ke gol.