Semalam tengok match Malaysia - Singapura, depan tv aje. Ditemani McDonalds GCB, DCB & pulut durian.
Oh, tak berapa tepat sebenarnya sebab menatang2 tu tak sempat nak tengok game. Semua dah pindah dalam perut by the time wisel ditiup.
Anyway, game semalam rasanya sangat menyesakkan dada & menyemakkan perut.
Bila start je, tak sampai berapa minit, dah ada player tergolek, kad kuning melayang, free kick dihadiahkan. Senario yang sama berlaku berulang2 sampai rasa gerammm hati ni. MAIN la weh, apa niii??
Tak dinafikan Singapura memang handal & Malaysia nampak gelisah nak mencari 2 gol, di samping misi penting seterusnya adalah tak nak kasi Singapura menyumbat walau satu gol pun ke gawang kita. Wah, dalam satu masa nak cover 2 benda kan? Parah.
Main lagi. Tendang bola pi mai, pi mai, masih tak ada satu gol pun yang disumbat oleh kedua2 pasukan. Team Malaysia nampak ada daya usaha yang tinggi, tapi strategi kurang bagus di mana pertahanan lemah, serangan pun tak diatur rapi. Semangat aje berapi2 tapi takde strategi tak boleh jugak ok?
Singapura nampaknya lebih banyak membuat cubaan menyumbat gol berbanding Malaysia. Tapii, yang bestnya kesemua cubaan berjaya dihalang oleh penjaga gol si Khairul Fahmi & kadang2 ada bantuan dari pemain2 pertahanan. Tapi most of the time macam one man show je lah si Khairul Fahmi ni. Kan ke bagus kalau dia yang jaga gol masa kita lawan di Singapura dulu?
Tengah2 sedap main, si Aidil Zafuan (pemain pertahanan) pulak sakit kaki (lagi) lalu digantikan dengan Muslim Ahmad. Ah, takpelah. Katanya Muslim Ahmad pun bagus jugak (pakcik Hasbullah Awang yang kata gitu). Game bersambung macam biasa, dengan pemain2 Singapura nampak nyata cuba melengah2kan permainan. Ye lah, Singapura memang akan menang pun, sekiranya kedua2 pasukan tak menyumbat gol langsung semalam.
Akhirnya, pada minit ke 57, Safee Sali berjaya menyumbatkan satu gol untuk Malaysia! Masa tu kawasan sekitar rumah termasuklah dalam rumah kita sendiri bingit dengan jeritan kegumbiraan penyokong2. Hahhh. Lega. At last kita dapat 1!
Masa tu dah bersemangat membara2, come on Malaysia jom cuba lagi satu gol! Permainan semakin rancak tapi memang susah nak melepasi pertahanan Singapura.
Dalam pada mencuba nak membolos gol lawan, sedar2 penyerang Singapura, Jiayi, berlari2 membawa bola hampir ke gawang gol dan merembat masuk bola. Pemain2 pertahan Malaysia were no where near, lalu terkulat2 la si Khairul Fahmi sorang2 cuba menepis serangan, tapi gol jugak. Huwaaa, kecewa i.
Pemain2 Malaysia cuba bermati2an mencari extra gol, tapi harapan tinggal harapan. Tambah2 lagi di waktu kecemasan, Ahmad Fakri si penyerang gantian dapat kad merah pulak. Ah, stress!!!
Perlawanan berakhir dengan Malaysia 1, Singapura 1.
Yang membawa makna Malaysia tak berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya untuk kelayakan piala dunia. :(
Tak mengapa, akan datang, kita mesti boleh!!!! Dengan syarat Khairul Fahmi jaga gol okeh. ;p
p/s: Ulasan dari seorang perempuan yang tak minat bola. Katanya.
Friday, July 29, 2011
Wednesday, July 27, 2011
Wednesday, July 20, 2011
Saturday, July 16, 2011
Thursday, July 14, 2011
Avocado
DLL, ini contoh Hass avocado yang sudah lembut creamy sedappp. Hass avocado ni adalah satu variety avocado yang boleh dibeli di Jusco dekat rumah mak encik.
Tapi ada jugak variety yang takkan gelap walaupun sudah ripe. Kalau warna tak membantu, memang kena tekan sikit dengan jari lah jawabnya untuk rasa samada dia masih keras atau dah lembut.
Nah, klik SINI untuk info lanjut - cara pilih, cara simpan, cara potong, etc.
Selamat membeli avocado nox! : )
Semalam bukak puasa makan macam2. Tak hengat dunia. Sama je kalau tak puasa ;p
Yang masuk dalam perut sesudah azan berbunyi adalah popia basah (laki i beli), lepas tu nasik ayam.
Lepas solat maghrib sempat bukak peti es makan caramel pudding 2-3 sudu. Ke lebih. Ntahla tak ingat pulak tiba2. Nampak sangat makan straight dalam kaserol, tak main potong2 hidang.
Laki keluar nak tengok bola dengan kawan, kirim kopi ais la pulak. Sekali bola takde siaran langsung, dia pun balik awal. Sedut la pulak kopi ais nya macam orang dahaga tak dapat air 2 hari 2 malam.
Lepas isya, gatal2 gi bukak peti es lagi. Kalini terpandang avocado. Makan avocado dengan susu pulak.
Memang mentekedarah sungguh2 la pendek kata.
Tapi tak berapa rasa bersalah sebab harini puasa lagi. : )
Motip la aku tulis semua ni.

Tuesday, July 5, 2011
Main petik-petik
Petikan satu surat pembaca di sebuah akhbar (yang dikongsi seorang rakan di sebuah laman sosial).
Wah, rahsianyaaa ;p
SAYA mulakan surat ini dengan rasa rendah diri yang amat sangat. Saya merupakan seorang profesor Jusa B yang kini masih berkhidmat dengan salah sebuah universiti perdana tanah air. Dalam usia yang kian menuju ambang persaraan dan dengan sedikit pengalaman yang Tuhan berikan ketika menetap sepuluh tahun di luar negara, izinkan saya meluahkan perasaan yang sudah tidak dapat ditahan-tahankan lagi.
Dalam tempoh hampir 30 tahun bergelar pensyarah, saya turut pernah menjawat jawatan sebagai Dekan juga pengarah dalam beberapa jabatan lain di universiti. Oleh itu, dengan pengalaman itu saya rasa saya berhak untuk menyuarakan isi hati setelah suara saya dan rakan-rakan profesor tidak pernah didengari oleh pihak pendaftar universiti mahupun Kementerian Pengajian Tinggi.
Bulan April adalah bulan yang paling ditakuti oleh para pensyarah universiti IPTA kerana penilaian prestasi (KPI) mereka akan dinilai. Sejak kebelakangan ini, apabila KPT terlalu mementingkan "rangking dunia," maka ramai (sebahagian besar pensyarah) ini akan mendapat markah di bawah prestasi 80 markah kerana gagal menerbitkan jurnal bertaraf antarabangsa (ISI).
Masalah ini kian parah apabila jurnal ISI ini turut menjadi syarat wajib untuk permohonan kenaikan pangkat. Persoalannya di sini ialah, siapakah yang menentukan pengiktirafan ISI ini? Seperti yang dimaklumi bahawa pengiktirafan ISI ini adalah di bawah bidang kuasa penerbitan yang bernaung di Barat. Hal ini bermakna juga bahawa KPI pensyarah-pensyarah ini berada di bawah ketentuan kuasa Barat. Bukankah aneh, seorang kakitangan kerajaan Malaysia, prestasinya dinilai atau ditentukan oleh negara Barat? Dan, hal ini tidak berlaku kepada kakitangan awam Malaysia yang lain.
Saya tidak dapat bayangkan bagaimana seorang kakitangan awam Malaysia, KPInya ditentukan oleh kuasa Barat? Lebih malang lagi nasib ini menimpa kepada pensyarah yang berada dalam bidang sains sosial yang kajian dan penyelidikan mereka benar-benar terbatas kepada mempertahankan maruah dan nasib bangsa, agama, bahasa, sejarah, sastera dan kebudayaan Melayu yang kita sedia maklum tidak pernah dihargai atau mendapat pengiktirafan kuasa penjajah.
Jika hal ini berterusan, maka tidak hairanlah pada hari ini jawatan pensyarah bukan menjadi pilihan golongan muda. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh pihak KPT ialah member pengiktirafan kepada jurnal-jurnal yang diterbitkan oleh university mahupun institusi tempatan yang lain. Perkara yang paling penting ialah budaya penulisan jurnal dapat berkembang hebat dan budaya penulisan penyelidikan dapat terus subur dalam negara. Menerbitkan jurnal bukanlah semudah yang disangkakan. Sekirannya hal ini masih dipandang sebelah mata, maka adalah malu seorang pensyarah yang kelulusan sarjana atau doktor falsafah (PhD) dan bekerja di universiti tempatan, markah KPInya berada pada bawah paras "malas" atau "sakit" sedangkan mereka mempunyai dedikasi yang tinggi dalam pengajaran dan melakukan tugas-tugas rasmi universiti seperti membentang kertas kerja, menghadiri seminar, menjadi perunding kepada beberapa organisasi kerajaan dan sebagainya.
Perkara kedua ialah tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu.
Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingakan dengan rakanrakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (prauniversiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44.
Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaiktaraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional.
Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat.
Malangnya, semua usaha yang dilakukan oleh pensyarah bagi melonjakkan impian Malaysia untuk menjadi pusat pengajian ilmu terbaik Asia tidak pernah dihargai. Inilah kelemahan Menteri Pengajian Tinggi, iaitu YAB Dato' Khalid Nordin yang tidak pernah memikirkan nasib dan kebajikan pensyarah IPTA berbanding YAB Tan Sri Mahyudin Yassin yang begitu bersungguhsungguh membela nasib guru.
Sepanjang saya berkhidmat sebagai seorang pensyarah pelawat di Amerika, hal-hal sebegini tidak berlaku. Penilaian prestasi (KPI) seseorang pensyarah dinilai kepada sebanyak mana mereka menyumbangkan ilmu dan kepakaran mereka kepada masyarakat. Sumbangan mereka menulis untuk penerbitan berkala, akhbar, majalah mahupun buku cerita kanak-kanak amat dihargai kerana para pensyarah itu dikatakan milik masyarakat.
Penerbitan jurnal berwazit dan bertaraf ISI hanya satu hambatan penerbitan untuk tujuan mendapatkan bonus tahunan. Hal ini bermakna, pensyarah yang berada di Barat itu amat rapat hidupnya dengan masyarakat dan mereka amat dihormati jiran tetangga atau masyarakat setempat. Situasi ini tidak berlaku di negara kita. Oleh sebab ingin mengejar penerbitan ISI, mereka seperti menjadi makhluk asing di taman perumahan atau menjadi kera sumbang yang mementingkan diri sendiri. Demi kerana mengejar "rangking" dunia universiti, adakah ini yang diinginkan oleh KPT? Kita perlu sedar bahawa untuk menandingi atau menyaingi Univesiti Havard, Oxford, Yale, Cambrige atau mana-mana universiti terbaik dunia bukan satu usaha mudah. Kita sepatutnya berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu jangan tergila-gila merebut status universiti terbaik dunia tetapi berfikir bagaimana untuk menjadi fakulti yang ada di dalam sesebuah universiti itu boleh menjadi fakulti terbaik dunia dengan menggunakan sepenuh tenaga dan kepakaran yang ada.
Universiti of Tokyo misalnya mempunyai Fakulti Kejuruteraan Automobil ketiga terbaik di dunia tetapi universiti ini berada dalam kelompok ke-100 dalam "rangking" dunia. Hal ini sepatutnya boleh berlaku kepada Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya bagi menjadi Pusat Tamadun Melayu Dunia seperti Universiti of Leiden, Belanda atau juga Akademi Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia bagi mengambil alih fungsi Universiti Al-Azhar, Mesir. KPT tidak berfikiran sedemikian sebaliknya yang difikirkan ialah "kegilaan" mengejar "rangking" dunia tanpa pernah mengukur pakaian pada badan sendiri.
Kepada KPT, khususnya YAB Dato' Khalid Nordin, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama university tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke university swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat.
Adilkah mereka dibayar dengan gaji yang setara upahnya dengan guru jika beban tugas yang terpaksa dipikul itu lebih berat? Beberapa bulan lalu, dalam ruangan "Surat Pembaca" Berita Harian, jawapan oleh Unit Komunikasi Koprat terhadap keluhan seorang Profesor Pencen amat melucukan. Jawapan itu menunjukkan bahawa pegawai di KPT hanya memikirkan perut sendiri. Cuba kita bayangkan, wajarkah seorang pensyarah Gred DS45 (tanpa PhD) boleh menjawat jawatan professor atau pengarah di universiti?
Apakah ertinya pengalaman 15 tahun bergelar guru, 5 tahun bergelar pensyarah dengan kepakaran yang dimiliki jika tidak dihargai oleh universiti? Jawapan-jawapan mereka yang merujuk juga kepada university mempunyai kuasa autonomi hanya satu jawapan bodoh dan menolak prinsip kemanusiaan. Ingin saya bertanya juga kepada KPT, sejauh mana kuasa autonomi KPM yang diberikan kepada IPTA?
Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara.
Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPT berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya mengarifi falsafah Melayu "kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan" perlu difahami sebaik-baiknya.
Wajarkah rakyat Malaysia membayar gaji yang lumayan kepada pensyarah warga Negara asing yang berkelulusan sarjana dan tidak menyumbangkan apaapa dalam dunia penerbitan? Fikirkan kebajikan dan nasib pensyarah-pensyarah warga tempatan ini, khususnya pensyarah-pensyarah muda yang bakal memikul tanggungjawab dan amanah untuk 10 atau 20 tahun lagi. Jika Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melakukan banyak penambahbaikan dalam mengangkat martabat guru, sepatutnya hal yang sama juga berlaku kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPT dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini.
PROFESOR JUSA B,
Kuala Lumpur

Subscribe to:
Posts (Atom)