Monday, January 17, 2011

Cooked up a storm

Kerabu taugeh
Sambal tempoyak
Siakap goreng
Sambal belacan
Gelama jeruk goreng
Segala makneka masak bersantan
Gulai siakap
Ayam masak kicap
Ulam - kacang kelisa & timun
Glamour melon
Sepupu cakap nak datang melawat pada tengah hari Ahad. Terus ajak makan tengah hari di rumah. Apalagii, bersilatlah Cik Kiah di dapur, bagaikan 15 orang nak mai. Padahallll... Cuma 2 orang dewasa &  3 kanak-kanak belum baligh.

Penyudahnya? Cik Kiah & husband mengadap lauk-pauk di atas dari tengah hari Ahad sampailah ke malam Isnin. Tu pun tak habis-habis lagiiii.. (-__-')

Gitulah al-kisahnya kalau Cik Kiah dah naik syeikh.

7 comments:

lara mikhael said...

hahahah ayu. sy pun kalo dah masak ,tak reti masak sikit-sikit. sekali masak mmg boleh makan sampai esok :))
ni sambil taip sambil membayangkan kesedapan colek kacang botor ngan sambal tempoyak...ahaks!

Liza said...

sedapnyer, tapi tgh puasa nasi so tak leh ler enjoy this....

Farina said...

Juling kot mata aku kejap tengok makanan2 ko masak nih.Hahaha.Nanti aku balik Mesia, ko jemput aku dinner umah ko k. Masak macam nih tau, meriah nox!

shila ariff said...

ye le..mana tak habisnya..ikan saja dah 2 jenis & dimasak tiga jenis lauk..ayam lagi..ulam lagi, sayur masak lemak lagi...mmg byk tuh...mmg bagus ko ayu!!!...sorg masak tuh...good (thumb up)!!!...

p/s; leh join 'master chef' nih!!!...

kucingorengemok said...

wow... 1 hari punya lauk? ingatkan over a few months punya masak², keh keh >:)

Yaniey said...

*pengsan: sbb tgk byk sgt mknn masa duk tgh lapar (kat opis, lunch hour-mkn brodjes).

Ayu said...

Chempaka - cek tak pandai budget la masak-memasak nih. Takut masak sikit sangat, orang makan terkemut-kemut. Kesiann..

Kak Liza - good plan! Saya ni sepatutnya setahun x boleh makan nasik. ;p

Farina - insyaAllah noxx.. Bila tahun lah tu ye. :>

Shila - ko tak tau aku paksa laki aku goreng ayam, ikan & ikan masin. ;p

KOG - yang ni sebab ribut taufan datang. Kalau tak, nak goreng telur je pun tak buat. Hehe..

Kak Yani - ohhh.. Teringat nostalgia makan secara diet (daif) waktu lunch di sana. Heheehe..