Thursday, December 30, 2010

Dah hujung-hujung ni

Penghujung 2010, mood menulis & berkongsi tak datang-datang.

Story ada, gambar banyakkk. Tapi nantilah dulu.

Kesian dengan kawan-kawan yang sudi check page ni. Manjang tak ber-update.

Oh ya, korang di Europe, US, mana2 yang ada salji tu, panas-panaskanlah badan ye. Makan biar lebih. ;p

Dah. Malam ni akak nak tengok The Tourist.

Tata!

Wednesday, December 15, 2010

Jalan-jalan malam

Pada suatu hari, En. Izzad ajak isterinya ke Downtown Cheras selepas dinner. Apalah nasib, terlupa pulak yang jualan cuma akan bermula jam 10 malam, mereka tersampai awal. Tidak berputus asa, En. Izzad mengubah haluan ke Danau Kota. En. Izzad berhasrat mencari pouch bag untuk kegunaan kerja, sementelah tali pouch bag yang dibelinya dulu baru saja putus.

Sesampainya di bazar malam Danau Kota, En. Izzad pun mencari ruang untuk meletak kereta. Isteri di sebelah dah terlelap tidur. Dengan lemah-lembut dia kejutkan isterinya bangun. "Larat tak? Kalau tak larat kita balik saja". Baik sungguh hati En. Izzad. Tapi si isteri lagi baikk.. Dalam mamai-mamai, isterinya tetap keluar kereta untuk menemankan lakinya shopping. Mithali habis lah kira.

Baru jalan 10 langkah, si isteri tersasar haluan ke kanan sebab terpanggil dek kilauan kerongsang. Oh.. En. Izzad redha saja tolong pilihkan walaupun pilihan En. Izzad selalu di-reject secara berhemah. Isterinya memang cerewet & indicisive. Tambahan pula, si isteri sedikit culture shock  melihat harga kerongsang yang jauh lebih murah berbanding harga kerongsang di gedung membeli-belah, tempat kebiasaan si isteri membeli barang. Jakun sungguh..

Pilih punya pilih, dapatlah dia 6 biji kerongsang yang berharga cuma RM10.


Bukan kepalang suka hatinya, sampai terlupa terus akan dirinya yang mengantuk. Sungguh ajaib perasaan gembira yang terhasil daripada perlakuan membeli-belah, bukan?

En. Izzad juga telah berjaya mendapatkan pouch bag mengikut kehendak hatinya. Lama juga dia membelek-belek di setiap booth yang menjual beg. Akhirnya dapat sebiji, dengan harga cuma RM15 (yang kita belum tahu jangka hayatnya sampai bila).

(Gambar pouch bag tiada, "tak kuasa nak ambik" kata si isteri)

Begitulah kisah jalan-jalan malam di Bazar Malam Danau Kota. Silalah pergi, macam-macam ada.. Kata isteri En. Izzad yang kejakunan.

Tuesday, December 14, 2010

My take on nasi arab


Dua kali ke Saba dalam seminggu, masih tak puas. Sampai buat sendiri di rumah. Tapii, yang peliknya bila orang tanya "sedap ke makanan kat Saba tu?" Manjang jawapan "tak lah sedap sangat". Betul, memang biasa saja rasa dia. Mungkinkah pakai pelaris?

Oh oh.

Friday, December 10, 2010

Pindah ke fakulti baru

Hampir 80% manusia sudah berpindah ke fakulti baru. Tinggal segelintir yang tak tahan panas saja yang tinggal di fakulti lama. Ye lah, apa motip nak pindah kalau air-cond tak sejuk u'olls? Sudahlah bilik tak bertingkap. Dinding-dinding-dinding-dinding berpintu. Hadoi. Kipas siling pun nan ado.

Saya, Che Dah & ketua jabatan kami masih di fakulti lama. Kami bertiga berhimpit2 dalam bilik tingkat atas ni. Sekarang sibuk siapkan kertas cadangan untuk satu program baru. Mesyuarat jemaah petang ni jam 3, di fakulti baru. Yang sedihnya, bilik jemaah belum siap sepenuhnya. Jadi kami semua akan bermesyuarat di bilik tutorial. Bayangkan. Oh, harap-harap ada kuih sedap. ;D

Buat Mok, Kak Yani, Ah Lau dan semua rakan sekerja yang masih di luar negara, cek nak habaq hampa semua untung noo, tak payang angkut perabot. Dengki i.

Meh la ikut Che Dah & cek pi melawat bilik kami di fakulti baru. Jom!

Pandangan dari car park berhampiran post-mortem room. Pandangan depan? Pi tengok sendiri ;p
Susur naik ke bangunan fakulti. Excercise sket u'olls
Koridor berhampiran makmal-makmal & bilik kami berdua
Hahaha. Nanges tak? Terus upgrade professor ;p 
Buat masa ni, ini sajalah yang ada. Kerusi takdakkk
Agak-agak kalau tak sempat mandi pagi, ke fakulti je teruss

Ok sudah. Nanti kalau ada gambar-gambar menarik saya tampal lagi.

Cepat balik oii kawan-kawan.

Wednesday, December 8, 2010

Unwell

Been having diarrhea since Monday evening. Sakit perut, loya-loya tapi tak muntah, sakit kepala & lenguh badan. Setelah lama meliatkan diri nak ke klinik, semalam my husband made me go see a doctor (agaknya dia dah tak larat jadi tukang urut. Minyak angin pun tinggal kurang suku botol). Cuti Maal Hijrah la pulak, memang banyak klinik tutup. Ye la, atenye nak ke klinik panel saja. Free of charge. At last jumpa klinik panel berbilang bangsa berdekatan rumah. MC satu hari, yess!! Berjaya jugak taktik buat muka sekupang tu. 

Bila dah telan ubat sekampit & rasa sihat sikit ni, mulalah nak panjang kaki keluar lunch dengan kawan-kawan. ;p

Semoga sihat cepat lah hendaknya.

Akhir kata, Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua. Semoga dengan pembukaan tahun baru, wujud juga lembaran baru dalam hidup kita yang lebih baik dari lembaran-lembaran sebelumnya. InsyaAllah. ; )

Tak. sihat.

Friday, December 3, 2010

Oh noo

Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you.

OMG. Susahnya task kali ini. No thanx to Kucingorengemok. ;p

Beginilah nota saya:

1. Sekarang fakulti dalam proses perpindahan, opis saya semak ya amat. Otak saya begitu jua.
2. Pagi-pagi saya selalunya minum Nescafe 3in1.
3. Saya suka makan tapi berangan sokmo nak kurus.
4. Saya rindu keluarga saya di Penang. Rasa macam nak balik hujung minggu ini tapi suami saya kata dia tak boleh cuti. Tengah konkrit katanya. Anda faham? Saya pun tak.. ;p
5. Saya harap dapat sambung PhD awal tahun depan.
6. Saya harap permohonan biasiswa akan diluluskan dengan senang, umpama memetik jari. Heheh.
7. Saya amat menghargai ketepatan masa.
8. Rasa macam nak pergi bercuti di kepulauan Carribean, 2-3 bulan pun jadilah.
9. Sesi lepak dengan kawan-kawan adalah salah satu cara saya de-stress.
10. Suka tengok wanita yang rapi bersolek, tapi saya cuma akan bersolek bila ada masa. ;p
11. Sangat sayang dengan semua hadiah pemberian ayah, mak & suami.
12. Seumur hidup saya belum pernah membeli telefon bimbit.
13. Saya ada seorang kawan baik yang saya sangkakan perempuan, rupanya lelaki bertukar perempuan. Tapi kami tetap kawan baik.
14. Suka mandi air suam tapi suami tak suka. Oh.
15. Makan pizza sebagai snek tapi suami saya makan betul-betul sebagai satu meal.
16. Rimas dengan tempat yang ramai orang.
17. Tak pandai menghargai cenderahati kecil-kecil yang orang selalu bagi di kenduri kahwin. Selalunya saya buang.
18. Semak fikiran bila orang tanya bila nak sambung PhD, di mana? Sebab saya sendiri pun tak tahu. Nanti bila segalanya dah confirm, saya akan buat pengumuman besar-besaran. Doa-doakanlah ya..
19. Oh ya, saya harus jumpa doktor gigi untuk buat scaling.
20. Semalam saya terpaksa tonton cerita Rapunzel buat kali kedua. Kerana kawan-kawan daku turutkan.
21. Walaupun selalu merungut itu ini tentang perjalanan kehidupan, tak pernah sekalipun saya berharap dilahirkan ke dunia sebagai insan lain. Saya tetap mahu jadi saya, anak Mazlan & Hasnah, yang kemudiannya menikah dengan Mohamad Izzad.
22. Saya seorang doktor veterinar, tapi janganlah anda expect untuk panggil saya ke rumah anda dan bedah kucing anda yang sedang dystocia (anaknya dah 4 hari tersangkut, tak lahir-lahir). Saya cuma boleh memberi khidmat nasihat yang selalunya berkahir dengan ayat "bawalah ke klinik veterinar". Kat sana ada anesthetic drug, disinfectant liquid, surgical set dan segala kelengkapan dan ubat-ubatan. Saya cuma ada 2 tangan dan set gigi yang lengkap.
23. Saya takut sangat dengan jarum suntikan. Saya menyuntik haiwan/manusia, no problem. Tapi orang nak suntik saya, itu adalah amat ngeri. Sebab itulah saya lari jauh-jauh daripada nurse Pusat Kesihatan UPM yang dah 2 kali datang ke fakulti untuk kasi pelalian tetanus. Takuttt...
24. Tak berapa gemar roti canai.
25. Tak suka menulis dan mengarang. Sebab saya bukan orang yang articulate dalam menulis. Sebab tu di blog sokmo bergambar saja. ;p

Aiyoh. Akhirnya siap!

Saya pilih untuk tidak tag siapa-siapa, tetapi semua di blog list saya di kanan ni adalah dipersilakan buat. Makcik tak paksa u'olls. Makcik pun berpeluh nak siap ni haa..

Lepas hazab aku.

Thursday, December 2, 2010

Ada apa di MAHA?

Ada pameran pemenang pertandingan terrarium antara sekolah-sekolah:



Ada pameran orkid:


Ada jualan daging kambing Boer (diskaun 30%), jualan hasil laut, pokok-pokok, produk makanan, baju, tudung, segala macam barang yang boleh dibeli lah pendek kata. Pameran & sesi demonstrasi pun banyak, pelbagai jenis.

Tapi ingattt... Kalau tak bersedia fizikal & mental, jangan pergi. Cari nahas.

Parking jauh, jalan pun jauh. Cuaca panas terik waktu ketibaan. Dan akhirnya sewaktu sedang berjalan ke kereta, lebih kurang 1/2 km lagi nak sampai, hujan turun selebat-lebatnya. Padan muka. Serdang sekarang selalu hujan pukul 2 pm ke atas. Sediakan payung awal-awal.

Gambar-gambar di atas memang setakat boleh saja sebab diambil menggunakan telefon tangan. Harap maklum.