Yaaa, suamiku singgah di pasar Ramadhan membeli sebungkus air tebu, 5 biji baulu, 2 ketul donat & 3 ketul karipap. Maka rekod "berbuka tanpa pasar Ramadhan" tidak dapat dilestarikan secara berterusan. Sebenarnya, tiada apa masalah pun. Sengaja bini dia ni gatal-gatal nak cuba try test (benci kan frasa ni?), berapa lama boleh bertahan tanpa pasar Ramadhan. Hihihi...
Hasil pembelian - sekaler semuanya. ;p
Lauk-pauk semalam. Malas punya hal. Ayam & ikan lauk Jumaat lepas (buruk benar bunyinya). Sambal hari Sabtu (yang makan dengan nasi kuning) ditambah bilis & kacang goreng. Buat telur dadar & sup sayur.
p/s: Sejak akhir-akhir ni, banyak betul berita orang mengamuk bunuh-bunuh ahli keluarga, tembak orang, buang baby, bunuh baby. Takuttttttttttt (kiamat dah makin dekat?)
4 comments:
Ayu!!! post ayu masa time puasa byk pasal makann!! argh tension hahaha duduk dorm xleh nak masak T_T
Mas!!!! ;D Sorry la kalau terganggu dgn entry makanan d bulan puasa ni. Sabar eh, nanti dtg my house kita main masak2. ;p
sedapnyeee
En Padel, kalau kita tgh lapar, nasi kosong pun nampak sedap. ;D
Post a Comment