Wednesday, August 11, 2010

Malam Pertama Ramadhan

Di malam pertama Ramadhan, kami suami isteri berjaya solat isya' & berterawih di Masjid al-Muttaqin, yang letaknya cuma sepelaung dari rumah. Alhamdulillah..

Jemaah ramai. Imam & bilal pun sedap bacaannya. Jumlahnya 8 rakaat terawih, witir pulak 3. Jadi lawak & kacau bila ramai yang tak perasan imam dah mula solat witir. Jadi pada rakaat witir terakhir ramai lah kaum wanita yang berdiri, kemudian duduk semula. Adoi. Tentulah niat solat mereka adalah niat terawih. Haru betul. Sebenarnya ramai yang sangka imam akan teruskan solat terawih sampai 20 rakaat (saya pun fikir begitu mulanya).

Bila selesai semuanya, saya terus keluar jumpa Ejad. Nak balik dah, tak nak tunggu moreh. Ejad kata, masa rakaat terakhir witir tu, imam bangun berdiri semula sesudah sujud. Jadinya, semua jemaah lelaki ikut berdiri. Kemudian agaknya imam tersedar, lalu dia duduk semula. Makmum pun ikutlah duduk semula. Laaa.. Macam tu pulak ceritanya.

Lepas terawih kami ke kedai mencari kurma & telur masin. Jumpa lah pakcik2 baru balik dari masjid yang juga dok mencari kurma. Walau niat di hati nak cari kurma & telur masin, bila keluar kedai, plastik penuh dengan benda-benda lain jugak. Biasalah tu.. ; )

Sahur pagi tadi kami makan nasi & lauk dinner semalam, ditambah telur goreng. Nasib baik sempat lagi, saya dah kelam-kabut sebab sedar2 dah pukul 5.15 pagi. Tu lah akibatnya asyik dok snooze-kan alarm. ;p

Tak sabar nak berbuka puasa bersama harini. Inilah kali pertama kami menjalani Ramadhan berdua. Rasanya harini kami akan ke rumah mentua untuk sama2 berbuka puasa & berterawih. Sebenarnya bila teringat rumah sendiri (rumah mak ayah) di Teluk Kumbar, sayu jugak hati ni. Seronok bulan puasa di situ sebab surau betul2 berdiri depan rumah. Meriah sangat2 dari solat maghrib sampailah terawih selesai. Bunyi mercun2 meletup pun buat meriah jugak. Hehehe.. Rindu nak berkelam-kabut di dapur dengan mak, hidangkan juadah berbuka. Ya, selalunya kami hidangkan saja. Masaknya kadang-kadang. ;D

Dah panjang2 cerita ni, motifnya tadi nak mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Salam Ramadhan untuk kaum keluarga, sahabat-handai & sesiapa sahaja yang membaca. Semoga segala ibadah diterima & diberkati kehidupan semasa bulan Ramadhan & bulan2 seterusnya. :>

2 comments:

Aliesha Kirana said...

Salam Ramadhan Al-Mubarak Kak Ayu.. hehehe.. xpe, pose kali ni berdua, mane tau tahun depan dah bertiga.. hehehe..meriah jadinya...

Selamat Berbuka Pose nnti.. *wish awal2.. hehe*

Ayu said...

Tq Ella, selamat berpuasa, berbuka & bersahur dgn family. Kirim salam mak ayah, Kak Alin & adik2. ; )