Friday, August 6, 2010

Jangan membebel. Jangan.

Sekarang saya sedar, saya tidak patut membebel. Tak boleh sama sekali. Kerana membebel boleh menimbulkan kebinasaan pada saya.

Tak berapa lama dahulu, saya bising2 pada Ejad apabila objek yang patut di letakkan di tempat A, diletakkan di tempat lain. Kebisingan bertambah bila mata saya terpandang objek lain pulak (yang juga salah cara letaknya). Ejad sudah buat muka fed up (apa perkataan Bahasa Melayunya, saya tidak dapat cari). Disebabkan saya ini perempuan, saya membebel lagi sambil masuk tandas. Sementelah pintu tandas saya tutup, DONG! Batang mop terjun melibas muka. **ohhhh........... Apalah dosakuuu**

Ok. Cukup. Kalau diingat2 cerita ni, rasa macam nak ambik mop tu, kerat 18 & bakar. Biar puas hati..

Ini pulak cerita 2 hari lepas. Selepas makan malam, Ejad tolong cuci pinggan mangkuk. Saya cukup suka hati sebab ada keprihatinan si suami untuk membantu. ;> Seperti biasa, walaupun sudah ditolong, saya masih perlu mencuci saki-baki gelas, periuk, etc. yang lain. Semasa membasuh dan meletakkan sudu garfu ke slot pengeringan, saya tiba2 terperasan sebilah pisau yang diletakkan dalam pengering tu dengan keadaan hulunya ke bawah dan mata pisaunya terpacak ke atas. Tak ke BAHAYA tu tuan2 dan puan2??

Maka saya pun terus berkata2 "eby, tengok ni. Macamana eby letak pisau ni, hujung dia ke atas, bahaya tau. Buatnya tercucuk tangan sapa2 kan susah? Eby nih..." Si suami yang sedang menonton Buletin Utama pun datang ke dapur (dengan wajah suram, fed up nya lagi). Saya kemukakan pula ayat2 yang maksudnya lebih kurang sama dengan ayat sebelumnya (untuk memberi penegasan kepada hujah2 saya). Tak lama selepas kejadian tersebut, saya ke bilik air untuk berwuduk. Usai berwuduk, saya sangkutkan semula shower head ke holder-nya. Tak sampai 0.5 saat selepasnya, shower head itu merudum turun menghentam kepala dan tangan saya. Kuat pulak tu. Heiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. Geramnyaaaa.......

Kesimpulan daripada cerita - itulah balasan apabila membebel pada suami sendiri. Makanya, pengajaran hari ini adalah: jangan membebel. Jangan.

3 comments:

lara mikhael said...

erks..macam pernah kena jugalah. tapi lepas tu en.suami saya mesti gelakkan saya..katanya dah kena tulah suami. membebel salah, x membebel pun salah..alahai nasib...ahahah.

Farina said...

Hahaha... Aku pernah tersepak bucu meja lepas membebel. Jai kata... "Ha, derhaka lagi. Kan dah kena" Sentap ok.

Ayu said...

Tu lah nye Pn. Chempaka & Farina, mungkin la kita sudah bersalah di situ (agaknya lah kot), tapi bukan nak kata lah kan. Memang SENTAPP!!