Sunday, August 15, 2010

Bihun sup utara

Tajuk post kali ini Ejad yang kasi. ;D

Juadah berbuka hari Ahad, 5 Ramadhan 1431H.


Bihunnya kaler kuning, supnya kaler gelap2. Dalam gambar ni pudar je warna. Salah kamerakah? Kisahnya, mak mentua kasi daging. Tak tau nak masak apa. Ejad kasi idea, samada nasi daging atau bihun sup yang banyak daging tu. Baik bos! ;D


Bahan-bahan tabur. Wajib ada: Daging, lobak masin, tauhu, daun bawang daun sup & bawang goreng. Sawi tu sendiri tambah. Oh, satu lagi yang wajib: sambal (cili kering kisar+puri tomato+garam+gula).


Masalodei/Vadei - kami berdua lebih suka kuih yang savoury (pedas/masin/berlauk) berbanding kuih manis.

Tapi di bulan puasa ni, eloklah ada jugak kuih manis. Sunat berbuka puasa dengan makanan manis. Kurma atau air manis pun memadai. Tapi masa tinggal lagi 45 minit nak berbuka, kerja dapur pun dah siap, tiba-tiba terasa gatal tangan nak menggentel buah Melaka/onde-onde. Buat 10 biji saja. Tiada pembaziran. ;D


Tak cukup manis? Nah ambik kau. Rootbeer float ala A&W. Hai la air.. Kenapalah kau bersusun elok tepi kaunter pembayaran? Laki mak tak tahan godaan, lalu disambarnya sebotol. Jangka hayat air dalam botol: 2 hari.
p/s: pun tak jejak pasar Ramadhan

6 comments:

intan suriati said...

hahha aku rase cam comel giler ko gentel onde-onde 10 bijik saja heheheh macam main pondok2 je heheh

pandainye ko masak cik ayu oiii..canelah dgn nasib aku dah kawen nanti..tapi to be frank aku tak sedih sgt dgn nasib aku,aku simpati dgn nasib pasangan aku hahha takpa2, nanti cheq blajaq masak naaa...

Ayu said...

Intan, xyah la ko nk susah hati sgt.. Zaman skang ni kalau x masak pun xpe, kedai banyak. Tp aku rasa lah kan, lepas dh kawen nanti, ko sendiri akan rasa betapa rewardingnya masak sendiri lepas tu husband makan beria-ia. Saja cari nahas. Hahaha.. ;D

shila ariff said...

weh..menarik mihun sup utara..sambal dia tak sama ngn sambal hitam ye..leh bagi resepi mihun sup utara..skali cara nak bagi mihun jadi kuning...

Ayu said...

Boleh Shila. ; )

Bihun tu ko celur dlm air mendidih yg diletak serbuk kunyit (sikit). Jadilah kaler kuning. Hehe..

Resipi buat sup dia sama mcm ko buat sup ayam biasa, cuma ko ketuk serai 2-3 batang, pakai bunjut sup, rempah sup, rempah kurma (sikiit) & lada hitam diketuk. Daging tu biar blok besar sket dlm sup, bila daging dh empuk, ko keluarkan & hiris nipis. ; )

shila ariff said...

ok..thanx..aku plan nak wat raya nnti...menu ringkas n tak muak..hirup pun sedap..huhuhu..

Ayu said...

Wah, menarik tuu.. Menu raya terus.. ;> Kalo gitu, ko jgn lupa beli tulang skali. Tulang tu ko rebus lama sket dlm sup tu, kasi keluar manis die. Mesti lagi sedap sup tu nanti.