Tuesday, June 29, 2010

Persoalannya

Beef teppanyaki @ Mr. Teppanyaki

That's my lunch on payday. Tak lah grand pun kan. Saja suka2 nak letak gambar kasi berseri sikit page ni. Motifnya.

Anyway, nak cerita pasal makan2 lah (as usual). Sekarang ni, nak masak untuk dinner punyalah liat. Sebab2:
1. Tak cukup bahan nak masak
2. Malas nak pi replenish stok bahan mentah
3. Takdak idea nak masak apa
4. MyResipi dah tak boleh di-access
5. Restoren bersepah - lagi cepat, kurang penat
5. MALAS

Persoalannya:
1. Adakah malam ini saya akan masak atau makan di luar?
2. Kalau masak, nak masak apa? Mak i cadangkan menu sardin masak pedas & telur goreng. Not bad kan? (mak i lagi sempoi) ;D

Haih.. Kata nak jadi isteri mithali. *terbatuk*

Saturday, June 26, 2010

Choosing wedding gifts

Di pagi yang indah ini, terasa macam nak kongsikan tips membeli hadiah perkahwinan. Tips yang bakal diberi ni confirm punya memang bagus, sebab datang dari buah fikiran empunya badan yang telah menerima hadiah2 tersebut. Hihihi..


1. Mula2 sekali nak cakap, cukup2lah kasi cadar & set jag+gelas. Ramai sangat orang lain yang akan bagi benda yang sama. Bukan tak dihargai, tapi ada kemungkinan pemberian anda akan dibalut semula dan dihadiahkan kepada pengantin lain pula. Muahahahha.. ;p

2. Pada pendapat saya, coffee maker adalah hadiah yang agak kurang berguna bagi masyarakat Malaysia. Pertama, kita bukanlah peminum kopi tegar. Kedua, kita bukanlah jenis yang biasa dengan coffee beans atau coffee pads. Nescafe (atau lain2 jenama instant coffee) tu biasalah kan.

3. Hadiah2 kelengkapan dapur yang sangat perlu tetapi selalunya tidak diberi adalah: cutlery set, baking tray/dish, etc. Ada ruang untuk mencipta kelainan di situ. ;>

4. Hadiah2 lain seperti jam dinding yang modern & chic, cermin panjang yang elegant, bedside lamp, etc. adalah sangat kreatif & berguna.

5. More ideas; set massage oils + buku panduan mengurut, buku masakan yang menarik, sleepwear, home perfumes. ;D

6. Of course, kalau terasa nak kasi apa2 hadiah yang lebih besar (read: MAHAL) seperti vacuum cleaner, microwave oven+convection oven, LCD tv, sebijik kereta sebagainya, lagi2lah berguna. Akan dihargai & diingat sampai mati. Hihihi..

7. Andai kata dah mati kutu sangat, please please please just give CASH. Will be grrreatly appreciated. ;D

Wednesday, June 23, 2010

OMG

Hari ini 23 Jun 2010.

Rushing keluar nak ke office. Jalan sesak pulak dah. Warghhh!!

Sebab? Jusco Equine buat J Card members' day ka apa ntah. Gila? Kereta2 beratur nak masuk parking umpama nak tengok konsert Rihanna (pada jam 7.50 PAGI).

Hai la. Diri ini adala niat nak beli pinggan sikit2. Kalau gitu gayanya, jamu tetamu pakai pinggan kertas lagi pun tak mengapa. Pasrahhh..

Friday, June 18, 2010

Air tangan

Our 1st home cooked meal together:
Daging goreng kunyit, sayur campur dari Cameron Highlands (harus sebut asal usulnya) & cincalok Melaka yg dihadiahkan Hj Ihsan
Kami adalah sangat gumbira dapat makan di rumah, walaupon lauknya tahape2 tapi yang penting, dimasak dengan penuh kaseh sayang. Uhuk. ;p
Ada ucapan perhargaan sikit ye (sabau je lah). Thanx to Kak Long & mak (mentua) sebab ajar macamana nak buatkan cincalok dip tu. Memang sedap. Thanx!! I tak pernah makan cincalok, tapi dah orang kasi & ramai yang kata sedap, harus kita cuba. ;>
Oh, tak habis lagi ucapan penghargaan. Terima kasih kepada insan yang hadiahkan set pinggan seramik berbunga biru itu (hadiah kawen2 di Penang). Tak lupa kepada mak & ayah yang telah sponsor tong gas, minyak masak, garam, kunyit, serbuk pati ayam dan bawang2. Hihi.. ;D Kami saayang ayah & mak!
Eh jap. Ada sorang lagi tertinggal. To Kak Yani yang ajarkan cara2 buat daging goreng kunyit resipi turun temurun keluarga, terima kasih banyak2. Ejad pon kate sedap. Besar pahala Kak Yani. ; )

Thursday, June 17, 2010

Updated

Status berubah sudah. Akak sudah bernikah u'olls. ;D
Sanding sudah.

Bulan madu sudah.
Sanding lagi sekali? Sudah.

Masuk office pon sudah.

Nantikan updates bergambar (kalau rajin), selepas akak berjaya mengarang 2 mukasurat statement of purpose untuk dihantar bersama permohonan phD okeh.

Ah, mati kutu guwe.

Thursday, June 3, 2010

Rabu, 2 Jun 2010

Al-kisahnya.. Upacara menepek inai telah berjalan, diketuai Cikgu Maznah. Terima kasih banyak2, jasamu dikenang! ; )

Mula2, pasangkan masking tape & cellotape

Lepas tu, tepek saja lah mengikut sempadan yang telah dibuat

Time ni lah haku gatal2 tekak nak minum air. Ahaha.. Tq Ain, tolong jadi dayangnya. ;p

Tunggu punya tunggu punya tunggu..

Akak dah keras bontot duduk atas kerusi tuh. Tada tahannnn....

Mak & ayah came to the rescue. Bukak2. ;D

Proses menanggalkan tape. Legaaa..

Tips untuk inai lebih terang: Selepas inai ditanggalkan, lumurkan jari jemari dengan minyak masak (yang belum digunakan), kemudian baru bilas dengan air.

Hasilnya. Ok la tue.. Hihi.. (Mati nanti kena hamput dengan Cikgu Maznah sebab tak tahan pakai sampai ke Subuh) ;p