Thursday, December 30, 2010

Dah hujung-hujung ni

Penghujung 2010, mood menulis & berkongsi tak datang-datang.

Story ada, gambar banyakkk. Tapi nantilah dulu.

Kesian dengan kawan-kawan yang sudi check page ni. Manjang tak ber-update.

Oh ya, korang di Europe, US, mana2 yang ada salji tu, panas-panaskanlah badan ye. Makan biar lebih. ;p

Dah. Malam ni akak nak tengok The Tourist.

Tata!

Wednesday, December 15, 2010

Jalan-jalan malam

Pada suatu hari, En. Izzad ajak isterinya ke Downtown Cheras selepas dinner. Apalah nasib, terlupa pulak yang jualan cuma akan bermula jam 10 malam, mereka tersampai awal. Tidak berputus asa, En. Izzad mengubah haluan ke Danau Kota. En. Izzad berhasrat mencari pouch bag untuk kegunaan kerja, sementelah tali pouch bag yang dibelinya dulu baru saja putus.

Sesampainya di bazar malam Danau Kota, En. Izzad pun mencari ruang untuk meletak kereta. Isteri di sebelah dah terlelap tidur. Dengan lemah-lembut dia kejutkan isterinya bangun. "Larat tak? Kalau tak larat kita balik saja". Baik sungguh hati En. Izzad. Tapi si isteri lagi baikk.. Dalam mamai-mamai, isterinya tetap keluar kereta untuk menemankan lakinya shopping. Mithali habis lah kira.

Baru jalan 10 langkah, si isteri tersasar haluan ke kanan sebab terpanggil dek kilauan kerongsang. Oh.. En. Izzad redha saja tolong pilihkan walaupun pilihan En. Izzad selalu di-reject secara berhemah. Isterinya memang cerewet & indicisive. Tambahan pula, si isteri sedikit culture shock  melihat harga kerongsang yang jauh lebih murah berbanding harga kerongsang di gedung membeli-belah, tempat kebiasaan si isteri membeli barang. Jakun sungguh..

Pilih punya pilih, dapatlah dia 6 biji kerongsang yang berharga cuma RM10.


Bukan kepalang suka hatinya, sampai terlupa terus akan dirinya yang mengantuk. Sungguh ajaib perasaan gembira yang terhasil daripada perlakuan membeli-belah, bukan?

En. Izzad juga telah berjaya mendapatkan pouch bag mengikut kehendak hatinya. Lama juga dia membelek-belek di setiap booth yang menjual beg. Akhirnya dapat sebiji, dengan harga cuma RM15 (yang kita belum tahu jangka hayatnya sampai bila).

(Gambar pouch bag tiada, "tak kuasa nak ambik" kata si isteri)

Begitulah kisah jalan-jalan malam di Bazar Malam Danau Kota. Silalah pergi, macam-macam ada.. Kata isteri En. Izzad yang kejakunan.

Tuesday, December 14, 2010

My take on nasi arab


Dua kali ke Saba dalam seminggu, masih tak puas. Sampai buat sendiri di rumah. Tapii, yang peliknya bila orang tanya "sedap ke makanan kat Saba tu?" Manjang jawapan "tak lah sedap sangat". Betul, memang biasa saja rasa dia. Mungkinkah pakai pelaris?

Oh oh.

Friday, December 10, 2010

Pindah ke fakulti baru

Hampir 80% manusia sudah berpindah ke fakulti baru. Tinggal segelintir yang tak tahan panas saja yang tinggal di fakulti lama. Ye lah, apa motip nak pindah kalau air-cond tak sejuk u'olls? Sudahlah bilik tak bertingkap. Dinding-dinding-dinding-dinding berpintu. Hadoi. Kipas siling pun nan ado.

Saya, Che Dah & ketua jabatan kami masih di fakulti lama. Kami bertiga berhimpit2 dalam bilik tingkat atas ni. Sekarang sibuk siapkan kertas cadangan untuk satu program baru. Mesyuarat jemaah petang ni jam 3, di fakulti baru. Yang sedihnya, bilik jemaah belum siap sepenuhnya. Jadi kami semua akan bermesyuarat di bilik tutorial. Bayangkan. Oh, harap-harap ada kuih sedap. ;D

Buat Mok, Kak Yani, Ah Lau dan semua rakan sekerja yang masih di luar negara, cek nak habaq hampa semua untung noo, tak payang angkut perabot. Dengki i.

Meh la ikut Che Dah & cek pi melawat bilik kami di fakulti baru. Jom!

Pandangan dari car park berhampiran post-mortem room. Pandangan depan? Pi tengok sendiri ;p
Susur naik ke bangunan fakulti. Excercise sket u'olls
Koridor berhampiran makmal-makmal & bilik kami berdua
Hahaha. Nanges tak? Terus upgrade professor ;p 
Buat masa ni, ini sajalah yang ada. Kerusi takdakkk
Agak-agak kalau tak sempat mandi pagi, ke fakulti je teruss

Ok sudah. Nanti kalau ada gambar-gambar menarik saya tampal lagi.

Cepat balik oii kawan-kawan.

Wednesday, December 8, 2010

Unwell

Been having diarrhea since Monday evening. Sakit perut, loya-loya tapi tak muntah, sakit kepala & lenguh badan. Setelah lama meliatkan diri nak ke klinik, semalam my husband made me go see a doctor (agaknya dia dah tak larat jadi tukang urut. Minyak angin pun tinggal kurang suku botol). Cuti Maal Hijrah la pulak, memang banyak klinik tutup. Ye la, atenye nak ke klinik panel saja. Free of charge. At last jumpa klinik panel berbilang bangsa berdekatan rumah. MC satu hari, yess!! Berjaya jugak taktik buat muka sekupang tu. 

Bila dah telan ubat sekampit & rasa sihat sikit ni, mulalah nak panjang kaki keluar lunch dengan kawan-kawan. ;p

Semoga sihat cepat lah hendaknya.

Akhir kata, Salam Maal Hijrah 1432 kepada semua. Semoga dengan pembukaan tahun baru, wujud juga lembaran baru dalam hidup kita yang lebih baik dari lembaran-lembaran sebelumnya. InsyaAllah. ; )

Tak. sihat.

Friday, December 3, 2010

Oh noo

Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you.

OMG. Susahnya task kali ini. No thanx to Kucingorengemok. ;p

Beginilah nota saya:

1. Sekarang fakulti dalam proses perpindahan, opis saya semak ya amat. Otak saya begitu jua.
2. Pagi-pagi saya selalunya minum Nescafe 3in1.
3. Saya suka makan tapi berangan sokmo nak kurus.
4. Saya rindu keluarga saya di Penang. Rasa macam nak balik hujung minggu ini tapi suami saya kata dia tak boleh cuti. Tengah konkrit katanya. Anda faham? Saya pun tak.. ;p
5. Saya harap dapat sambung PhD awal tahun depan.
6. Saya harap permohonan biasiswa akan diluluskan dengan senang, umpama memetik jari. Heheh.
7. Saya amat menghargai ketepatan masa.
8. Rasa macam nak pergi bercuti di kepulauan Carribean, 2-3 bulan pun jadilah.
9. Sesi lepak dengan kawan-kawan adalah salah satu cara saya de-stress.
10. Suka tengok wanita yang rapi bersolek, tapi saya cuma akan bersolek bila ada masa. ;p
11. Sangat sayang dengan semua hadiah pemberian ayah, mak & suami.
12. Seumur hidup saya belum pernah membeli telefon bimbit.
13. Saya ada seorang kawan baik yang saya sangkakan perempuan, rupanya lelaki bertukar perempuan. Tapi kami tetap kawan baik.
14. Suka mandi air suam tapi suami tak suka. Oh.
15. Makan pizza sebagai snek tapi suami saya makan betul-betul sebagai satu meal.
16. Rimas dengan tempat yang ramai orang.
17. Tak pandai menghargai cenderahati kecil-kecil yang orang selalu bagi di kenduri kahwin. Selalunya saya buang.
18. Semak fikiran bila orang tanya bila nak sambung PhD, di mana? Sebab saya sendiri pun tak tahu. Nanti bila segalanya dah confirm, saya akan buat pengumuman besar-besaran. Doa-doakanlah ya..
19. Oh ya, saya harus jumpa doktor gigi untuk buat scaling.
20. Semalam saya terpaksa tonton cerita Rapunzel buat kali kedua. Kerana kawan-kawan daku turutkan.
21. Walaupun selalu merungut itu ini tentang perjalanan kehidupan, tak pernah sekalipun saya berharap dilahirkan ke dunia sebagai insan lain. Saya tetap mahu jadi saya, anak Mazlan & Hasnah, yang kemudiannya menikah dengan Mohamad Izzad.
22. Saya seorang doktor veterinar, tapi janganlah anda expect untuk panggil saya ke rumah anda dan bedah kucing anda yang sedang dystocia (anaknya dah 4 hari tersangkut, tak lahir-lahir). Saya cuma boleh memberi khidmat nasihat yang selalunya berkahir dengan ayat "bawalah ke klinik veterinar". Kat sana ada anesthetic drug, disinfectant liquid, surgical set dan segala kelengkapan dan ubat-ubatan. Saya cuma ada 2 tangan dan set gigi yang lengkap.
23. Saya takut sangat dengan jarum suntikan. Saya menyuntik haiwan/manusia, no problem. Tapi orang nak suntik saya, itu adalah amat ngeri. Sebab itulah saya lari jauh-jauh daripada nurse Pusat Kesihatan UPM yang dah 2 kali datang ke fakulti untuk kasi pelalian tetanus. Takuttt...
24. Tak berapa gemar roti canai.
25. Tak suka menulis dan mengarang. Sebab saya bukan orang yang articulate dalam menulis. Sebab tu di blog sokmo bergambar saja. ;p

Aiyoh. Akhirnya siap!

Saya pilih untuk tidak tag siapa-siapa, tetapi semua di blog list saya di kanan ni adalah dipersilakan buat. Makcik tak paksa u'olls. Makcik pun berpeluh nak siap ni haa..

Lepas hazab aku.

Thursday, December 2, 2010

Ada apa di MAHA?

Ada pameran pemenang pertandingan terrarium antara sekolah-sekolah:



Ada pameran orkid:


Ada jualan daging kambing Boer (diskaun 30%), jualan hasil laut, pokok-pokok, produk makanan, baju, tudung, segala macam barang yang boleh dibeli lah pendek kata. Pameran & sesi demonstrasi pun banyak, pelbagai jenis.

Tapi ingattt... Kalau tak bersedia fizikal & mental, jangan pergi. Cari nahas.

Parking jauh, jalan pun jauh. Cuaca panas terik waktu ketibaan. Dan akhirnya sewaktu sedang berjalan ke kereta, lebih kurang 1/2 km lagi nak sampai, hujan turun selebat-lebatnya. Padan muka. Serdang sekarang selalu hujan pukul 2 pm ke atas. Sediakan payung awal-awal.

Gambar-gambar di atas memang setakat boleh saja sebab diambil menggunakan telefon tangan. Harap maklum.

Tuesday, November 30, 2010

Harry Potter vs Rapunzel

Review malas datang lagi.

Cerita Harry Potter & The Deathly Hallows ni adalah lebih kurang sama bosan dengan sequel yang sebelumnya. Ohh, tak tahan mengantuk masa dalam cinema. Ada beberapa scene yang menghiburkan, mengejutkan, tapi the rest of the story is sooo takdak point. Motipnya adalah Voldemort nak bunuh si Harry. Bukankah itu saja kisahnya dari dulu sampai la ni? Hish. 2.5 bintang saja.

Rapunzel: A Tangled Tale pulak adalah menghiburkan, macam-macam elemen perasaan ada. Kalau makcik cerita kat sini nanti dah tak surprise kan. Pi tengok sendiri pi. Tengok yang 3D. 4 bintang!! ;D

Sunday, November 28, 2010

Ahad yang produktif

Hari ini bangun awal. See, hari minggu memang automatik bangun awal, kalau hari kerja liat pulakk nak bangun. Pelik.

Jam 9 pagi, mesin basuh tengah bekerja, rice cooker pun berasap2. TV terpasang siaran kartun (hari Ahad atenyee). Ahkak semangat! Kejap lagi nak masak untuk tengah hari. ; )

Yang tak berapa semangat adalah bila menengokkan En. Izzad yang bergulung dalam selimut macam ulat dalam kepompong. Tak dak tindakbalas langsung bila kita cuit. Ugh.

Ni yang rasa macam nak tarik selimut balik nih.. ;p

Thursday, November 25, 2010

Can't wait!

Sangat-sangat teruja & tak sabar nak bercuti dengan kawan-kawan di sini:

Homestay Kuala Sungai Baru, Melaka

Nak mandi laut, tangkap ketam, cari remis, naik basikal keliling kampung, ber-limbo rock tepi pantai, dan macam-macam lagi.

1 Januari 2011. Cepatlah tiba. ;D

p/s: Check out their Facebook fanpage, Homestay Kuala Sungai Baru.

Wednesday, November 24, 2010

Al-kisah sebuah kenduri kahwin

Bila seorang adik kepada seorang sahabat mau melangsungkan perkahwinannya, maka ahli-ahli geng 6 Jahanam 1/2 Dozen bertempiaran pulang ke kampung halaman. Seorang jadi multimedia man, 2 orang jadi penyambut tetamu/tukang bagi bunga telur, 2 lagi jadi juruacara majlis & suami kepada seorang juruacara tu (ni kira pakej laa) jadi AJK tugas-tugas khas. Haa kau. Mau tak meriah.

Majlis Nor Idzziana Baser & Muhamad Hanis dilangsungkan pada18 November 2010 (Hari Khamis) di Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang, bermula dari 8 malam sampailah ke 10.30 malam lebih kurang. Tema warnanya? Hitam putih kehidupan. ;p

Ahli-ahli geng sudahpun berkumpul makan nasik tengah hari di rumah Tok pengantin. Abang pengantin perempuan adalah event manager majlis kali ni. Dari makan nasik membawa ke perbincangan aturcara majlis, sesi mengarang pantun untuk skrip juruacara, sampailah ke raptai acara di lokasi sebenar majlis. Lepas raptai semua orang balik mandi, siap-siap & datang semula. Kononnya nak diadakan full dress rehearsal. Hehehehe. Sungguh optimis abang pengantin. Padahalll, tak sempat pun nak buat semua tu. Berpeluh-peluh dia malam tu. Hehe..

Sesi berbincang antara event manager - MCs. Yang lain-lain adalah tukang sebok & kutuk pantun yang cek karang. Dengki la tuh.
Pasangan pengantin yang nampak macam umur 16 tahun ;p
Makan beradap. Selalu tertanya-tanya apa lauk pengantin kali ni? Boleh rasa sikit? ;p

Adik pengantin menyumbangkan bakatnya ; )
Juruacara tengah kasi ucapan penutup. Tapi memang tak sopan manusia di belakang & di kanan gambar tu kan, majlis tak habih lagi depa sebok bergambar. Ish ish ish..

Yang sebelah kanan semuanya waras. Yang tengah berdua tu angau, yang kiri semua mereng okehh. Mereng.

Kawan sekelas sejak sekolah rendah weh. Mana nak dapat lagi yang ngam gaya gini. ; )

Akhir kata, semoga kami berenam (la ni dah bertujuh kot) kekal sahabat selama-lamanya. Dan pasangan pengantin hidup bahagia, aman damai hingga ke akhir hayat. ;>

Tuesday, November 23, 2010

Convocation Day!! ;D

As told before, last Sunday was my mum's convocation/graduation day. The ceremony was held at Dewan Merdeka PWTC. At the age of 50, she successfully completed her Bachelor of Education with Honours. ;D I am soo proud of you, Mak!

Outside the hall - getting ready
Mak's proud moment. ; )
Her greatest support, ayah
Best buddy & course mate, Teacher Midah
With the boys
Went to the main campus of OUM
After half a day of starvation, we headed to Satay Kajang Hj Samuri
At Putrajaya, on the next day
Went to PWTC again on the next day (to return the robe & collect academic scroll) & met her best friend, class mate, colleague & motivator - Cikgu Maznah

And so, I'd like to take this opportunity to congaratulate Mak, Cikgu Maznah, Teacher Midah, Cikgu Liza & others who graduated with flying colours. The spirit & motivation to succeed is indeed very inspirational. Congratulations!!! ;D

Sunday, November 21, 2010

An update

Very sorry for the lack of updates, u'olls.

Mula-mula nak ucapkan selamat menyambut Aidiladha. Semoga segala pengorbanan mendapat keberkatan & keredhaan-Nya.

Cuti kali ini saya tersangatlah sibuk. Dari Selangor-Pulau Pinang-Cameron Highlands-Selangor, perut makin sendat & hidung pun makin tersumbat. Nanti insyaAllah saya kongsikan gambar2 (yang mana saya tak nampak gemok sangat) di sini.

Yang penting, hari ini adalah hari bersejarah. Majlis convocation mak di PWTC. Baju dah bergosok, tinggal nak pakai saja.

Tahniah mak!!!! Kami adik-beradik & ayah semuanya bangga dengan mak.

; )

Friday, November 12, 2010

Bila rajin


Mi Siam, untuk si kucing ;p
Nasi ayam claypot - resipi ambil di blog Makcik Kantin ; )

Nasi goreng daging + telur mata + timun + sambal belacan

Spaghetti bolognaise

Nasi ayam claypot lagiiii

Lasagna (tapi macaroni pun ada dalam tu)

Cinnamon bun

Gambar terhasil bila tukang masak tak kebulur sangat. Jadi sempatlah nak berfotografi dengan hasil masakan. Tukang makan? Toksah tanya. Manjang dia makannnnn saja.

Thursday, November 11, 2010

Hear ye, hear ye!

Attention to all veterinarians, technicians, researchers or students involved in the field of laboratory animal science.

LASAM (sounds stupid, but it's the acronym for Laboratory Animal Science Association of Malaysia) is having a 2-day conference on November 13 & 14 (this coming weekend).

3rd National Conference on Laboratory Animal Science
Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur
13-14 November 2010

The good news is, we are now offering free registration for 5 people!!

Anyone interested? Please e-mail me at ayu898@gmail.com a.s.a.p.

Thank you. : )

Wednesday, November 10, 2010

Shortest review ever

Paling berbaloi tengok (well, at least to me) - RED. Kelakar nak mampos. At the same time, very very cool dengan segala guns & peledak ntah tak kenal apakenama depa.

Takers - brilliant. Ko ingat senang nak merompak bank? Tapi pengakhirannya cukup tak memuaskan hatiku.

Unstoppable - very predictable. Ala-ala Speed (Keanu Reeves & Sandra Bullock), tapi kalini keretapi u'olls.

Megamind - Not bad. Kelakar jugak, tapi bukan tahap yang membanggakan sangat. Laki mak terlelap dek non. Sendiri pikir la.

Apa? Review Aku Masih Dara? Sampai mati pun i takkan tengok di cinema okeh. Maaf.