Monday, April 30, 2012

Sorok-sorok

Semalam hari Ahad, tapi DH kerja jugak. Disebabkan hati meronta-ronta nak keluar rumah (walaupun kat luar hujan tak berhenti-henti), dapatlah idea bernas. Nak ikut DH pergi kerja, tapi nak berpisah dekat Selfridges. Maksudnya bini dia pi Selfridges, laki silalah pi kerja. ;p

Nak beli sesuatu. Dok baca review sana-sini kata mendalah ni bagus. Dah cakap dah dengan DH, "nak gi beli X sebab sekarang my skin dah makin teruk". Memang betul pun, kulit muka sekarang makin suram, banyak jerawat naik di bawah dagu & bawah hidung. Memang saya stress sejak kebelakangan ni, kerja berlambak-lambak. Stress pikirkan kerja yang tak dibuat-buat. Hehe..Selain jerawat, dark spots, uneven skin tone, eye bags, semua lengkaplahh. Nak tengok cermin pun menyampah. Nak mengadap orang pun rasa segan. Wah gitu. Alasan-alasan nak justify pembelian.

DH kata "okay, belilah. Tapi Ejad tak dapat teman gi Selfridges, sebab Ejad dah lambat nak gi kerja". Okay no problem sayang, byeee!! See you!! :D

Bila pergi seorang diri, hasilnya bukan ku bawak pulang X je, Y, Z, A, B & C yang tiada kena-mengena pun ikut balik jugakk. Aiyoo.

Selama ni memang tak pernah rasa takut bila beli barang, nak sorok-sorok ke apa. Tapi semalam ku memang diamkan saja pasal A, B & C. Y & Z tu tunjuk la jugak sebab at least depa tu sekapal dengan X. Heee. Soalan paling berbisa, "berapa harga tiga item tu?" Si bini tak jawab, buat-buat pekak & tiba-tiba ubah topik. Ok sekarang baru aku faham kenapa kaum isteri sekalian kalau beli barang suka sorok-sorok. Walhal tak guna duit suami pun.. Rasa bersalah sebenarnya bila spent quite a significant amount of money untuk perkara-perkara yang bukan keperluan asas.

My strategic plan. Semalam aku pakai Y (still tak pakai X) sebab sales assistant suruh start dengan Y - "so that we'll start with a clean canvas". Y ni tugasnya adalah menanggalkan kulit mati & surface impurities. Malam seterusnya baru pakai X. Strategi - pakaikan DH jugak. Kahkahkah. Semalam ku paksa DH cuci muka bersih-bersih sebelum tido & sapukan Y di mukanya.

Pagi ni aku suruh DH cuci muka. Lepas selesai dia mandi aku nampak dia membelek-belek wajahnya sambil berkata "kalau pakai benda eby beli nih muka Ejad boleh elok kan bagus". Aha! :) DH nampak happy semacam, lepas tu dia suruh aku pegang kulit muka dia, katanya "cuba b pegang kulit Ejad, lembutkan??" Haa memang lembut bersih berseri lah sayang.. Heheheh..

Tu lah strategi aku. Kasi dia rasa sendiri. Barulah ku berani bagitau harga barang-barang belian. Tapi DH dah teka dulu harganya, and he's very, very close. Pandai laki aku (puji mesti lebih) :D

Jadi apakah dia X, Y, Z, A, B & C tu?

Dari kiri; Z, X, Y. Sales assistant kata dalam masa 28 hari ada money-back guarantee kalau tak berhasil/puas hati. Layanan SA Kiehl's sangatlah baik. It was indeed a wonderful experience.
A, B & C (mana-mana lah). Sangat puas hati dengan kualiti ketiga-tiga menatang ni. Foundation dia perfectly matches my skin tone, finishing pun bagus. Cuma I sentap sikit bila SA tak bagitau yang foundation tu kena beli pump berasingan. Bila balik rumah, bukak botol je terkejut tengok dia takde pump. Hish geramnya. Tak pasal nak kena gi lagi sekali semata-mata nak beli pump 3 pounds. Blusher pulak very highly pigmented & halus. Berus bulu pony dia tuh memang best. Belilah belilahh! :)



Oh lupa yang DH belum tau pasal A, B & C... Ugh.

Saturday, April 28, 2012

Isteri solehah


1. Taat pada suami. Laki kata nak makan pizza, janganlah pulak nak jamu nasik.
2. Pandai berjimat belanja dapur (nampak tak 1pound 50pence je tu??)
3. Masak cepat-cepat. Tak baik biar suami tunggu kelaparan. Ehem,15 minit je siap.
4. Masak sedap-sedap. Oh, semestinya sedap. Tried & tested! :D

Tuesday, April 24, 2012

Dinner date

Ahad, 23 April 2012.

Dear husband habis kerja jam 5.45ptg. Dah janji dari malam sebelumnya nak jumpa di Whiteleys, Bayswater untuk dinner together-gether kat Tinseltown. DH teringin  western dinner pulak. Kat rumah ni memang jaranglah nak ada western dinner sebab bini dia orang kampung, asyiklaa nak mencekik nasik. Tak dapat nasik rasa macam tak makan walaupun perut dah sendat.

Grilled Cajun Chicken with salad & fries. Cajun sauce yang sedikit dalam plastic saucer tu sedapnyee. Chicken was dry, nasib baiklah sos sedap.
Hujan, tengah lapar pulak. Silalah makan tak payah malu-malu
DH's (Chicken) BBQ Cheese Burger with fries. Macam sedih benar dinner rupa gini. Tak memuaskan mata. I need to see more colours, more stuff on the plate, baru acik puas hati
Don't worry, DH tetap kenyang sebab 1/4 makanan orang depan disapunya jugak
Tinseltown ni terkenal dengan segala milkshakes dia. Tapi sebab rasa muak  dengan combination fries-milkshake tu, si bini opted for Ribena. Kellas kau Jah.. Si laki pulak order mango juice. Oh btw, BBQ sauce dalam bekas tomato gelap tu sangatlah sedap 

Sesiapa mencari restoran steak halal di London, bolehlah ke Tinseltown. Lebih kurang 10 minutes walk from Malaysian Hall di Bayswater. Restoran ni pun penuh dengan pelanggan2 wanita bertudung. Bukak pintu je pun dah nampak warga Malaysia tengah makan. Hehe..

For previous post on Tinseltown, click here.