Tuesday, March 20, 2012

Serangga

Suatu hari di Fakulti Sains sebuah universiti tempatan..

Sedang berlangsung ujian berkaitan serangga. Ujian kali ini sungguh susah.. Mahasiswa mesti mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongan kaki yang diberikan oleh pensyarah. 


Dua jam sudah berlalu. Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian. Seorang mahasiswa yang amat kecewa, memutuskan untuk keluar dewan ujian. Dia menghempas daun pintu dengan kuat. "Dummmm!!!!" 

Melihat keadaan itu, pensyarah di dalam dewan marah dengan berkata, "hey! suka hati mak bapak awak je hempas pintu tu ye? Siapa nama awak??" Mahasiswa yang sudah terlanjur berada di luar segera menjulurkan kakinya ke pintu sambil berkata, "Ni kaki saya... Profesor... Cuba Profesor teka.. Siapa nama saya?"

Sunday, March 18, 2012

Sempena hari berbahagia

... iaitu hari ibu sedunia di UK, maka hari ini Mohamad Izzad dengan berbesar hati sanggup berposing luar pintu (nak pergi kerja pagi2 Ahad) untuk mengucapkan selamat hari ibu buat mak & mak. Dengan ucapan semoga sentiasa sihat & berbahagia selalu :D

Muka tuuu... Macam tak ikhlas aje

Haa. Macam ni la baru sedap mata memandang. Hihi

Lepas bergambar, terus "Ok byee!! See you petang ni!!" sambil laju berlalu pergi.

Jawab si isteri, "Ok bye, assalamualaikum". Tutup pintu, kunci.

Terus ke dapur, teringin nak makan pancake for breakfast.

Tak sampai 10 saat  kemudian, nampak kelibat berlari luar tingkap dapur dan "kringgg!!" door bell berbunyi.

Kelam-kabut bukak pintu & Mohamad Izzad meluru masuk.

"Kenapa?"

"Sakit perut"


T______T

Saturday, March 17, 2012

Senanggg

Satu lauk sedap gila gila gilaa, cepat & senang dibuat. Bahan pun sikit aje.

Hasil berguru dengan Kak Yani, my senior & my colleague now. Dia memang orang Kelantan, so you can trust her recipe as being authentically Kelantanese. Kalau ada yang tak berapa kena, itu my own modification le tuh.. ;p

Daging goreng kunyit (cara Kelantan)

Bahan-bahan (2-4 orang):

  • 500 g daging lembu dihiris
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 2 ulas bawang putih
  • 1.5 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 6 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar kuning (dipotong bulat/ikut suka)
  • 1-2 biji cili hijau (dipotong serong)


Tumbuk halia, kunyit, bawang putih, garam & serbuk kunyit sampai lumat. Jadilah rupanya macam dalam gambar. Di rumah takde cili hijau, jadi kita ganti dengan cili padi pedas berdesing

Step pertama - panaskan pan, masukkan daging. Tak payah letak minyak at this point

Masakkan sampai air daging kering (macam gambar ni). Kerak2 yang terbentuk sekeliling daging tu adalah akibat guna api besar (tak sabar tunggu). Kalau sabar, guna medium flame sudah :)

As soon as air daging kering, masukkan minyak & bahan tumbuk tadi (mungkin tak perlu guna the whole amount, sila agak2 - baki boleh diguna sebagai marinate untuk goreng ayam, ikan). Gaulkan sebati. Bila dah sekata & daging pun dah cantik bergoreng, masukkan bawang & cili hijau. Lepas 2-3 minit, matikan api (taknak bawang layu sangat).

Ginilah rupa daging goreng kunyit. Marvelous! - ni tiru tukang masak French & British, lepas masak, puji kaw2 masakan sendiri ;P