Thursday, October 28, 2010

Finding comfort

After 3 hours of head & butt cracking at Prometric Test Center, I left feeling depressed. Awat makcik bodo sangatttt.. Makin tahun makin bodo ka?? Awat lagu niiii?

The scores for verbal & quantitative sections were displayed right after the GRE test. Both are worse than the scores 2 years back! Nooooooooo........

And so, off we went to find peace & solace.

Yes. Yes. Yesss.

A dose of unagi as the cure
Today, I am good. ; )

Tuesday, October 26, 2010

Tahu tak?

Otak boleh mengalami kekurangan daya ingatan atau keupayaan menyelesaikan masalah sekiranya kita tidak melatihnya selalu. Haaa takut tak? Takut tak?

"Losses in memory or motor skills result from inactivity and a lack of mental exercise and stimulation"

Pi beli buku nih piiii

Jadi, rajin-rajinlah buat aktiviti menyelesaikan masalah seperti word puzzle games, buat latihan matematik, dan sebagainya.

Kisah benar, saya merasakan otak saya kini lembap betul. Nak sebut nama orang pun kadang-kadang tak nak keluar, walaupun wajahnya jelas di ingatan. Nanti bila dah balik rumah, baru ingat. Apake teruk benarrrrr....

Sekarang tengah buat latihan matematik sebab esok pagi ada GRE test (result GRE dulu dah tak valid, sebab dah lebih 2 tahun). Doa-doakanlah kami (saya & Che Dah) berjaya skor kaw-kaw punya okeh. ;D

Saturday, October 16, 2010

Soal jawab

Hari Sabtu.

Saya di ruang tamu, mendengar TV3 sambil mengadap laptop.

Tentang pembentangan bajet semalam, ramai yang merungut tentang "bantuan" RM 500 yang akan dimasukkan ke akaun pegawai-pegawai kerajaan (gred 54 ke bawah) pada Disember nanti. Saya? Tak merungut apa pun, sebab awal-awal lagi saya sudah cakap pada Che Dah, "kalau ada pun bonus tentu dapat RM 500 saja. Rasanya negara kita tak banyak pendapatan tahun-tahun kebelakangan ni". Jadi? Bersyukurlah kita semua. Kalau tak dapat apa-apa tentu kita semua akan cakap, "alah, teruklah macam ni. At least bagi lah RM 500 ke". Tak reti-reti lagi? Bersyukurlah.

Sejak kebelakangan ini seringkali saya ditanyakan dengan 2 soalan ni:
1. Dah berisi ke?
2. Bila nak sambung belajar?

Jawapan saya:
(kalau boleh nak tampal di dahi & bawa ke sana-sini supaya orang tak tanya & saya tak payah nak jawab lagi)
1. Badan memang makin berisi tapi adipocytes semata-mata.
2. Bila surat tawaran keluar dan biasiswa ada. Terima kasih. ; )

Lepas tu mesti soalan jadi lebih panjang. Lanjutannya:
1. Merancang ke? Tak payah la plan plan, setiap anak ada rezekinya. Sementara tengah muda ni kan...
2. Nak sambung di universiti mana? Agak-agak bila nak pergi tu?

Jawapan extended:
1. Ya, merancang. Sebab sekarang belum tahu halatuju hidup, samada akan sambung belajar di US, UK, Canada atau Malaysia saja. Kalau hidup tetap di Malaysia, la ni jugak nak beranak. Kalau saya ke luar negara, siapa nak jaga? Child care cost di sana sangatlah mahal. Nak harap suami duduk di rumah 24/7 jaga anak?? Apa korang gila kah? Kalau suami yang belajar, bini yang duduk di rumah jaga anak takpa la jugak. Suami seorang pun dah cukup ambil masa dan perhatian kita, ni nak tambah seorang lagi. Saya nak siapkan PhD tau, bukan pi makan angin. (masa ni muka dah makin kelat)
2. Allah S.W.T. sajalah yang tahu. Ikutkan saya, nak saja sambung di Malaysia. Tak kacau kerjaya suami, boleh mulakan kehidupan dengan hati yang lapang. Nak ada anak, beli rumah, kereta, harta kekayaan yang lain-lain? Silakan. Masalahnya pengurusan fakulti saya mahu semua bakal pensyarahnya belajar di luar negara. Alasannya, cari ilmu dari tok guru lain supaya sumber ilmu berkembang, membuka minda (lebih terdedah pada situasi antarabangsa) dan supaya dapat create networking dengan penyelidik luar.

Rasanya ramai yang tak faham bahawa jawatan saya ini bertaraf sementara. Bukan jawatan tetap. Walaupun sudah bawa pulang MSc, saya masih lagi bergaji sama seperti dulu, taraf jawatan pun begitu. September lepas saya baru sambung kontrak, tempoh diberi 6 bulan cuma. Maknanya sampai Mac 2011. Saya berdoa & berharap sangat agar saya sudah dapat tempat belajar pada ketika itu. Kalau tidak, jenuhlah saya nak memohon lanjutan kontrak lagi. Kalau diberipun, 3 bulan cuma (April-Jun 2011). Perkara macam ni lah yang buat saya tertekan.

Pihak pengurusan fakulti pula, sejak saya balik Mac lalu sehinggalah sekarang, tak habis-habis menyalahkan tindakan saya pulang ke Malaysia & tidak menyambung PhD di Utrecht saja. Mereka langsung tidak mahu faham bahawa saya juga manusia, keadaan di Belanda tidak akan memudahkan saya sekiranya sudah berkahwin. Lagipun saya sudah merasa sangat-sangat tertipu dengan janji orang Belanda. Orang dah ambil duit kita macamtu saja, kita nak lagi pi hulur duit di muka dia? Tolonglah. Pandang muka dia pun saya benci.

Kadang-kadang (selalu) saya menyesal sebab pilih kerjaya ni. Tapi, hanya Tuhan saja yang tahu baik buruknya jalan hidup yang ini. Siapa tahu hikmahnya besar di kemudian hari? ; )

Redha.