Wednesday, July 14, 2010

Pencapaian hari ini

  1. Berjaya pendekkan extended abstract dari 8 mukasurat menjadi 4 mukasurat (dalam masa 7 minit). Hebat bukan? Perasan.
  2. Berjaya makan KFC hot & spicy (alah, yang sudah kembali tuu).
  3. Berjaya basuh kereta di Kembangan Paradise. Car wash 5 bintang sebab dia cuci memang teliti habis. Dijamin bersih bersinar. Harga untuk kereta biasa (bukan kereta kebal nye saiz) adalah RM 8 sahaja. Mak kasi RM 10 sebab kesian (banyak duit ko??).
  4. Yang ini akan jadi pencapaian la selepas jam 10.30 malam ni. Menonton Eclipse (yeay2!!).

Sekian. ; )

Tuesday, July 13, 2010

Mari kita lihat

Kadang2 orang perempuan ni banyak impian. Toksah nak mula cakap pasal wishlist kebendaan la, maksud saya di sini adalah keinginan terpendam. Yang didiam2kan, diharap supaya pihak lain dapat memahami. Poodah.

Apa lu mau, lu bagitau la. Baiklah.

Maka petang semalam saya pun bukak mulut. Saya minta suami tercinta belikan kuih untuk berbuka puasa, sewaktu dia pulang dari kerja (walhal saya boleh beli sendiri). Permintaan mengada2, saya tau.. Tapi saya pun nak jugak feeling2 terharu kalau tiba2 dia bawak balik kuih tanpa disuruh (ini haku dah suruh ni, agak2 boleh feeling terharu lagi kah? ;p).

Tapiii.. Faham2 je lah. Kebanyakan orang lelaki ni, kalau tak disuruh, haram la dia nak buat (apa salahnya sekali sekala buat surprise kan kan kannnn). Akan tetapi ayah saya lain. ; ) Oh, ni dah cerita lain. I lebiu ayah!

Maka... Mari kita lihat. Ada ke tidak kuihku petang ni.
p/s: Whatever happens (kuih ada ke takdak), I'll still love you bebby! ;>

Kuih keria ni nampak menggoda kan?

(gambar hasil curian carian Google)

Update:

Petang itu suamiku membawa pulang seplastik pisang goreng. Katanya tak jumpa orang jual kuih sepanjang jalan balik. Takpe, pisang goreng pun dah cukup mengharukan. Eheh. Terima kasih sayang! ; ) Btw, sambal kicap tu sendiri punya. Baki buat soto beberapa hari sebelumnya. ;p

Memories




Hari ini, si Andri Jatikusumah, rakan seperjuangan di Utrecht dulu, upload gambar2 semasa rehearsal pembentangan projek Masters. Berbulan dah lepas nak oii..

Sekarang ini, baru lu punya masa ya? <---- Sebut dalam nada Ashraf Sinclair berlakon Cinta & Anugerah

Tiba2 rindu kawan2 & suasana dalam kampus yang sejuk mejuk tak berpeluh. Ohh, kenangan.. Kalau boleh nak pergi lagi (tapi nak suruh belajar lagi saya takmau).