Saje gegatal, makan besar sempena bukak posa. Orang lain posa, i pulak yang gedik teringin itu ini. Perasaan nak makan nasi hujan panas ni timbul bila terpandang 2 bungkus beras basmathi yang mak ayah tinggalkan di dapur tu. Ayam & daging hasil masakan Che Dah, I contract nasik & acar je. Last sekali makan nasi hujan panas ni kat IKEA cafe & restaurant di Mutiara Damansara (haa kau, description penuh). Masa tu chef's special dish ke apa tah. Tahun 2005 dulu.. Betapa lama dah tu... Zaman mula berjinak2 pi dating dengan yang tersayang. Tenung2 nasik dalam pinggan ni, nampak muka Ejad. Hehehehe..
Oh ya, tambah nikmat lagi bila ada minuman laici & strawberry nata de coco. Semuanya hasil shopping di Toko petang tadi - minyak sapi, daun pandan, pewarna hijau & merah, nata de coco & laici dalam tin. Puas hati. Ada jugak cherries dari Albert Heijn. Best.. Tak masam. Tak manis pun, cherry memang takkan manis punyalah. ; )
Habis sudah cerita makan2..