Thursday, March 2, 2017

March 2017


Alisya & Ilyas 


Lupa ada blog. Alasan. :'D

Thursday, January 16, 2014

Tahun baru 2014

Assalamualaikum..

Lama tak menulis. Banyak perkara dah berlaku. Masa pun pantas berlalu. 2013 sudah jadi sejarah. Sibuk, sibuk dan sangat sibuk dengan macam-macam perkara sampai lupa hal blog.

Nak buat update bergambar yang cepat-cepat ajelah (macam biasa) :)

Disember 2013 - kami sekeluarga bersama kawan-kawan telah bercuti di Aberfeldy, Scotland. Rezeki dari Allah - merasa main salji di sana. Bawah ni semuanya gambar-gambar di Scotland. Banyak sangat gambar sampai tak larat nak pilih (kalau dah malas tuuuu).












Oh ya, Alisya dah 9 bulan! Dah boleh berdiri dengan support, pandai sepahkan rumah, pandai mintak makanan, pandai makan. Hehe. Pandai cium pipi mak dia. Gigi baru ada 2 batang di gusi bawah.

Wednesday, September 18, 2013

Fuh, bersawang!

Ya Allah ya Rahman...

Tak sangka last post dulu bulan Jun. Hehehe. Mintak maafla sangat sibuk & letih sokmo, terabai blog ni.

Kadang2 rasa tak perlu ada & nak padam saja, tapi sayang pulak sebeb banyak kenangan dalam ni.

Berita terkini? Alisya sudah pun berusia 5 bulan. Bulan Oktober nanti genapla 2 tahun ber-phd di London. Kami baru pindah rumah baru hujung minggu lepas. Minggu terakhir puasa & raya baru ni kami balik Malaysia - hampir sebulan! :)

Raya pertama di Serdang bersama keluarga mentua
Majlis aqiqah & berendoi Alisya, 12.8.2013 

Lena
Bharat Tea Plantation, Cameron Highland, 21.8.2013
Sambut birthday Mak di Glory 78, Cameron Highland
Alisya, 8.9.2013
My birthday dinner di Banana Tree Canteen, Bayswater, 8.9.2013
Gambar2 ketika di Malaysia banyak sangat, tak larat upload. Kalau ada kerajinan insyaAllah akan dikongsikan kemudian.

Btw, kalau rindu carilah di Instagram & Keek (ayu898) :)

Saturday, June 22, 2013

Saturday, June 15, 2013

Masak-masak

Sejak ada Alisya, masak memang kelam-kabut. Asal boleh aje. Kalau tiba-tiba masak special sikit & sempat bergambar-gambar, tu maknanya ayah dia ada tolong jagakan Alisya ketika mak ke dapur. Tapi ada jugak ketika mak dia heret dia ke dapur sekali - letak dalam bouncer & biar dia dengar bunyi hud yang kuat tu. Yang kesian kalau mak tumis cili atau rempah kari - dia bersin dua tiga kali. Alahai kesian anak mak..

Shepherds pie
Cucoq cicah (istilah orang Penang)
Beef lasagna - potong panas-panas memang runtuh la lasagna ituu
Nasi putih & lauk-lauk malas
Grilled lamb & trimmings 
Mi Siam

Thursday, June 13, 2013

3rd anniversary! :)

5 Jun 2013. Genap 3 tahun pernikahan kami. Hadiah paling berharga? Tentunya dari yang Maha Esa, seorang anak penghibur hati. Alhamdulillah syukur ya Allah..

:)
:P

Monday, May 27, 2013

Jalan-jalan cari pasal :P

Sabtu, 25 Mei 2013.

Maknya Alisya mengidam steak di restoran Tinseltown, Bayswater. Maka gigihla kami sekeluarga bersiap keluar dengan membawa Alisya yang berusia 43 hari. Masukkan dalam stroller, tolak ke stesen bas yang 15 minit letaknya dari rumah.

Dah mula menangis sepanjang jalan ke stesen bas. Ayahnya dukung sementara tunggu bas datang 
Tenang sebelum mula buat perangai dalam bas. Hehe
Suwey sangat bila bas tak sampai ke destinasi. Bas berhenti di stesen Marble Arch. Kami pun ambil kesempatan jalan-jalan sekitar Marble Arch  
Alisya apa peduli tempat cantik ke cuaca elok ke. Dia nak start enjin aje, nak mintak dukung!
Setelah mengharung onak duri, sampai jugak ke destinasi. Ni haa mak kau mengidam rib eye steak dengan piri-piri sauce tu nak. Kasi can laaa
Makan macam tak makan sepuluh hari. Hehehe ampunkan patik penunggu gua! Bukan senang nak pergi lagi oii. Ayahnya dah tobat nasuha ;P

Thursday, May 23, 2013

Ku merindu

Tokwan, Maktok & Paksu Man! :)

Alisya dikelilingi orang-orang tersayang sejak hari pertama dia dilahirkan hinggalah ke hari ke-22. Yang berjaga siang malam tolong susukan Alisya, tidurkan Alisya & bersihkan Alisya. Mak & ayah Alisya sangat-sangat terhutang budi.

Kali pertama bersua - jam 2 petang 13 April 2013, Whittington Hospital
Cucu pertama Wan :)
Tidoq pun dengan Wan 
Didukung oleh Maktok, Belgrave Square. Hari ke-11, Alisya dah buat passport Malaysia
Masih di Belgrave Square. Atas pangkuan Paksu Aiman :)
Hari ke-14. Alisya dah botak! Disusukan Wan 
Hari ke-18; kali kedua Alisya ke Bicester Village dengan Ayah, Mak, Tokwan, Maktok & Paksu. Kali pertama masa hari ke-11. Tapi masa tu Alisya cuma duduk dalam kereta dengan Mak & Ayah
Berhenti rehat di Pret a Manger, Bicester Village
Alisya & Wan lagi. Haih rinduuu

Tak sabar tau Alisya nak balik Malaysia bulan Ogos nanti! Maktok, Tokwan & Paksu Man, tungguuuu :D