Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT, saya telahpun hampir sebulan selamat melahirkan Alisya.
EDD adalah pada 12 April 2013. Saya pulak dijadualkan untuk induction of labour pada 8.30 pagi 13 April kalau masih belum bersalin sebab consultant dah bimbang pasal perkembangan baby.
Mak, ayah & adik bongsu sampai di London pada petang 12 April. Mana tau malam tu jam 10.15 malam, air ketuban mula keluar. Ketika tu saya dan suami tengah bersiap-siap nak tidur awal sebab kononnya esok pagi dah nak ke hospital untuk induction.
Saya, suami & ayah terus ke Whittington hospital yang letaknya cuma 10 minit dari rumah. Nak dipendekkan cerita, jam 12 malam ayah terpaksa balik sebab cuma seorang saja yang dibenarkan teman di hospital. Saya dipasangkan IV port, fetal heart rate monitor & contraction monitor.
Mula-mula semuanya ok, sakit pun tak rasa. Jam 2.30 pagi, contraction dah menggila dan saya memang tak dapat tahan lagi. Sampai saat tu, masih belum dibuat vaginal examination untuk periksa bukaan cervix. Midwife tu yakin sangat bukaan belum cukup. Padahal saya dah separuh mati menggelupur atas katil. Bila saya dah terlalu teruk, baru dia periksa dan terkejut sebab dah 9cm bukaannya. Saya disuruh turun katil & naik wheelchair. Ditolak ke tingkat bawah pulak - labour suit.
Dalam labour suit sekali lagi rasa separuh mati. Nasib baik dioffer gas & air - yang saya sedut macam penagih dadah. Hahhaha.. Rasa di awang2an. Rasanya dalam jam 3.20 pagi saya diberitahu bukaan sudah 10cm - ""if you feel like doing no 2 (berak), just give it a go. Do what your body is telling you to do" kata midwife. Hah memang terasa baby turun ke bawah & bila contraction datang saya pun push. Push punya push tak berhasil pun. Midwife kata "push like you're constipated. With the biggest poo in your life". Push sehabis tenaga, takde progress.
Midwife kata lagi "the baby is not happy (referring to heart rate monitor reading), you must do better or the doctor will come & force baby out". Disebabkan takut kena episiotomy & forceps & what not, saya pun mula push dengan sekuat hati & sepanjang-panjang nafas. Haa kau. Gitu rupanya. Ingat push kuat macam dalam tv tu. Rupanya kena push nak mampus punya KUAT macam nak habis kudrat & nafas.
Kalau nak story penuh detail, memang panjang la lagi. Nak dipendekkan cerita jam 3.57 pagi 13 April 2013, lahirlah seorang bayi perempuan dengan berat 2.726kg, panjang 48cm. Alhamdulillah dia sempurna & sihat. Labour pun progress dengan begitu cepat sampai doktor & midwife yang daftarkan check-in saya terkejut. Katanya terlalu cepat, terutama untuk 1st born. Syukur sangat. Terima kasih kepada semua yang mendoakan :)
|
12 jam selepas dilahirkan |
|
Seminggu usianya |
|
2 minggu. Senyum dalam tidur :) |
|
3 minggu - sudah botak |
|
Terkini. Sangat bambam! Berat pada hari ke-20 adalah 3.415 kg. Hari ini sudah 28 hari. Entah berapa lah beratnya sekarang..
p/s: Kalau nak tengok video Alisya, silalah cari keek profile maknya, keek id: ayu898
|