Persiapan raya kami setakat ini;
|
Siapkan poskad raya untuk keluarga dan kawan-kawan terdekat. Dah selamat dipos minggu lepas. Semuanya bergantung pada Pos Malaysia. Harapnya sampailah sebelum raya |
|
Ini bukanlah sebahagian persiapan, tapi menimbulkan mood nak raya bila terima harta karun sekotak besar dari kakak ipar tersayang. Boleh bukak gerai jual kerepek ni :P |
|
Suami punya persiapan - gunting rambut kasi kemas & segak di pagi raya. Hehe |
|
Buat almond choc chip cookies lagi satu adunan untuk dibawa beraya di Edinburgh |
Baju raya tiada (ok part ni macam sedih sikit), duit raya pun tak tukar, sampul duit raya lagiilah takdak. Hehehe..
Esok jam 11 pagi kami akan ke Edinburgh beraya dengan kawan-kawan di sana. Excited nak ke Scotland & nak berjumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Feeling-feeling balik kampung pun ada :P
Di kesempatan ini, saya nak susun jari sepuluh minta ampun, minta maaf andai ada yang menyinggung perasaan dan sebagainya. Selamat berhari raya & semoga gembira dan selamat sentiasa :)