Saturday, June 30, 2012

Brand new Longchamp for SALE! :)

ALL SOLD OUT

Limited edition Magenta/purple Orchideal (medium, long handle) RM 590 
Limited edition Green/blue Orchideal (small, short handle) RM 460
Limited edition White Longchamp Maroquinerie Metal (small, short handle) RM 410


*All prices are inclusive of postage fees from London to Malaysia :)

Thursday, June 28, 2012

Baby baru

Sabtu baru ni gi melawat sepupu yang baru bersalin di Birmingham. Kali ni sempatlah jalan2 di Bullring & Mailbox (shopping malls) sebelum ke rumah sepupu. Hi Azwan! Thanx for the tips :)

Oohh.. I have exceeded my total photo upload quota. Huwaaa.... Patutla tak boleh-boleh nak upload gambar. Macamana nih? Tak bestlah buat post tak bergambar :(

*Updated!*

 Thank you Mim, aku dah buat account Photobucket :D Here are the pics;

At the Bullring. Tukar Euro, Swiss Franc & Turkish Lira baki dari jalan2 Europe haritu. Tq Ayah!! (anak punya duit takde baki, Ayah punya duit yang berbaki & dengan murah hati diberi pada anak sebelum Ayah balik Malaysia)
St. Martin from the Bullring. Cantik view dari sini. Sorry gambar gelap, ketika itu memang mendung & kita tak pandai edit :P
Hannan & Amna, anak-anak Kak Nadia (sepupu DH di Birmingham). Kesian diorang, semua orang melawat baby baru kasi hadiah untuk baby, diorang tengok aje. Tu yang belikan teddies di Aston Villa FC. Happy sangat budak berdua ni :)
Baby baru!! Masa ni baru 8 hari keluar lihat dunia. Wan Ahmed Hazeem. Cerita kelakar, bila Kak Nadia tanyakan anak dia Amna, "what should we name the baby?", Amna jawab "Stephen". Hahahaha. Akibat bersekolah dengan mat saleh :P
Baby kawan Kak Nadia yang kebetulan datang melawat ketika yang sama - Nuha. Nama dia Nuha je. Nama ayahnya kita tak tanya. Hehe.. Baik sangat dia ni.. Hok hek sikit bila mengantuk aje

Sekian :)

Thursday, June 21, 2012

Berlin city break

We were in Berlin, Germany from 30 May to 1 June 2012 :)

Dear husband & my youngest brother, Aiman
Andy Warhol (the artist/designer) on the headboard. Seram bila terpandang malam-malam..


At Kurfurstendamm (the long shopping street)








German Cathedral
Berliner Dom (Berlin Cathedral)
Alte Nationalgalerie



Brandenburger Tor (Brandenburg Gate)
Hard Rock Cafe at Kurfurstendamm
Berlin banyak tour/sight seeing bus. Senang nak melawat semua attractions kat sana.

My parents in front of the French Cathedral
Sebahagian Tembok Berlin - dia kasi artist buat artwork. Menarik
Yang lazim berlaku - belek peta tak habis-habis nak menentukan hala tuju
Before leaving to the airport - stopped at this kiosk to buy souvenirs 
Gambar banyak lagi tapi tak larat nak upload & letak caption :P (dasar malas sokmo)

Kesimpulan: Berlin bandar besar (rasa lega kat sana berbanding London yang sempit dan menyesakkan), penuh dengan bangunan-bangunan/binaan bersejarah (yang cantik senibinanya). Art & cultural city, itulah Berlin :)

Tuesday, June 19, 2012

M&M's World

Antara tempat yang sempat dilawati bersama keluarga - M&M's World di Leicester Square (dekat dengan Chinatown, London)

Pesanan penaja: M&M's berwarna merah, maroon & pink adalah tidak halal kerana pewarnanya ada kandungan haiwan (ini kata-kata pihak M&M's World, London)

Yang mengalahkan budak-budak bila part bergambar - laki  sapa lah nii
Aiman & Ayah
DH, Aiman & Hisyam
Tukar jurukamera pulak
Disebabkan M&M's warna merah semuanya tak halal, Aiman terpaksa customize bekas & warna-warna M&M's yang dia nak
Di sini kita boleh customize bentuk bekas, jenis M&M's (plain, with peanut, crunchy) & 3 warna M&M's yang kita nak
Kan dah cakap. Siapa yang excited lebih kat sini.. Yang tua ka yang muda. Hehe..
Gambar dari kamera sendiri tak banyak. Tu je lah. Yang di bawah ni semuanya di-download dari facebook album mak kita :D








Monday, June 18, 2012

Japan Part 4

Maaf sebab lama tak menjenguk rumah sendiri (rumah orang lain apatah lagii). Jadual penuh sejak 3 minggu lepas dengan kedatangan keluarga ke London. Semalam depa dah balik, jadi mula terasa sunyi, sepi & sedih.. Masa pun terasa banyak sangat, ni yang mula resume tugas-tugas khas yang tergendala.

Kisah di Jepun tak habis lagi. Post kali ni nak kongsikan gambar-gambar yang masuk kategori caca-marba :D

Ni bilik hotel kita. Booked di booking.com. Katanya single room, tapi bila masuk jadi kebingungan tengok ada 3 katil single, 3 pasang selipar bilik, 3 yukata, 3 tuala. Dudukla sorang-sorang dalam bilik untuk bertiga ni. Nasib baiklah penat & jet lag teruk kat sana, memang tak sempat nak pikir kot-kot ada makhluk lain tidur atas katil sebelah. Hee
Maafkan aksi kejakunan ini. Tiba-tiba pandai pulak pakai yukata. Main belasahh 
Lunch pada 24 Mei. Mula-mula dah masuk sushi restaurant, lepas tu tengok menu semua tak faham, keluar balik. Nampak supermarket, pi lah beli makanan bungkus. Jimat pun jimat :P
Menu dinner 24 Mei - Angel hair spaghetti with seafood & kimchi. Sedap oii. Restoren Jolly Pasta ni dekat benar dengan hotel kita
Ni dessert malam tu. Saja nak cuba, beli bawak balik ke hotel. Menatang alah ni ada sweet potato kat dalam dia. Portion kecik, kiut sangat. Gambar ni nak tunjuk depa bubuh ice pack kat dalam kotak tu..
Pemandangan malam hari dari balcony bilik. Sebelah kiri lagi ada jetty yg ada banyak yatch. Dekat sangat dengan pantai
Ni satu hot spring kecil di Beppu Station
Beppu Hot Springs - must visit. Nasib baik ter-pergi
The man called "Shiny Uncle" who loved children. Sapa ni, cek tak tau...
Pilihan roti & pastry manis beserta harga. Kot-kot nak buat rujukan berapa harga donat di Jepun :P
Dann.. Yang wajib tunjuk untuk yang tak biasa tengok - tandas di Jepun (yang ni di Haneda Airport)
Tandas yang di luar airport pun sama canggih macamni jugak. Butang untuk bunyi air mengalir, bidet untuk cuci depan & untuk cuci belakang. Cuma di Haneda airport ni ada satu extra butang blow dry - untuk keringkan bawah. Kelakar pun ada :D
Souvenir dari Jepun - purple sweet potato KitKat
Kuih berbentuk anak ayam yang dibeli sebab comel sangat - dalamnya takdak ayam pun :)

Habis sudah kisah di Jepun. Coming soon cerita jalan-jalan dengan keluarga pulak. Jenuh nak pilih gambar.