Wednesday, August 24, 2011

Sepatutnya raya tapi tak jadi

Baju raya hari ke-3

- Beli online. Dalam gambar kaler kemain wow, tapi hakikatnya macam kaler baju makcik2 pi mesejid. Maka telah dilenjan buat pergi solat tarawih.

Baju raya hari ke-2

- Sama kes seperti di atas. Belum dilenjan bawak ke mesjid sebab lip lap lip lap & kain duyung, tapi seriously, tak tau nak buat apa. Pakai tidoq kot...?

Kasut raya

- Cari dari Alamanda, Mines, The Curve sampai lah ke Midvalley. Satu pun tak berkenan & muat. Akhirnya bila dah jumpa yang berkenan & muat di kaki itik ni, beli. Masalahnya tak cukup vouge untuk jadi kasut raya. Tapi selesa ya amat. Jadinya telah dilenjan pakai hari2.


Haiii lah.

Monday, August 15, 2011

15 Ramadhan 1432H

Soto Ayam


Sejajar dengan misi ngabiskan 3 paket nasi impit Nona yang berbaki sejak raya tahun lepas. Selamat takdak kutu beras ke apa. :p

Tabiat mak encik makan soto - hancurkan nasi impit sehancur2nya dalam mangkuk, sampai jadi macam nasik air. Baru feel.. Meresap segala rasa. 

Saturday, August 13, 2011

Teringin macam-macam

Bulan puasa ni, nafsu makan nak macam-macam. Maklumlah, boleh makan waktu malam saja. Kenalah puaskan jugak. Kalau tak, esok siang teringat-ingat.

Antaranya;

1. Pavlova
Sepatutnya jadi elok. Tapi sebab tiada mixer & oven, cukuplah sekadar begini. Serba tak cukup sifat. Cream pun tak betul. ;p

2. Nasi tomato, ayam masak merah, dalca daging & jelatah

Si suami yang teringin. Takmau beli pulak tu, nak yang bini masak punya. Nasib la sempat siap sebelum berbuka. Suami berbuka makan bertambah, sahur pun ulang tayang lagi. Bini puas hati. : )

Harini entah apa lah pulak nak masuk perut. Ingat nak buat bubur kacang durian. Kali ni bukan sebab teringin, tapi sebab nak "selamatkan" durian. Oh, mungkin jugak nak buat roti jala. Ni kes nak "selamatkan" dalca daging yang berbaki tu pulak.

Selamatkan masuk dalam perut. Kalau masuk tong sampah, tak selamattt.

Thursday, August 11, 2011

Kuih paling sexy

*Jumpa di Facebook*
Jenis-jenis kuih mengikut kategori, sempena bulan puasa & hari raya yg akan datang..

Kuih paling gangster = Lompat Tikam
Kuih paling sexy = Puteri Mandi
Kuih paling jijix = Taik Itik
Kuih bajet comey = Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda = Seri Muka
Kuih paling alim = Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih untuk Polis Trafik = Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih org x mandi = Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram = Kuih Makmur
Kuih paling lembap = Kuih Siput
 ;p

Sunday, August 7, 2011

Rembatan Hari Ini

Just arrived from Penang. Letih otak & letih badan. Jadinya telah singgah di pasar juadah dekat dengan kawasan rumah. Sampai2 je terasa macam, "eh aku ni kat Selangor ke dekat Kelantan?" Rata2 juadah dijual memang judah pantai timur - nasi kerabu, laksam, nasi dagang, satar, akok, lompat tikam, badak berendam, etc.

Dan inilah hasil rembatan hari ini (kalau ikutkan hati semuaa nak beli);


Air kelapa - RM 3
Satar 2 cucuk - RM 2.40
Lompat tikam - RM 1.50
Bergedil 2 biji - RM 2
Pari bakar - RM 10
Kerabu mangga - RM 3
Lawa jantung pisang - RM 2
Kerang tumis cili padi - RM 3

Jadi, jumlah perbelanjaan di pasar juadah untuk kami berdua berbuka puasa adalah RM 26.90. Kira murah ke reasonable ke mahal?


Selamat berbuka puasa!! :D

Saturday, August 6, 2011

Back in Penang

Sesi berbuka puasa dengan family di Penang. Tanpa Adik.



Sebelum masuk waktu berbuka. 1st round - nasi ayam, roasted lamb, laicikang : )
Huwaaaaaaaaa. Gemssss. Makan lagi makannn!!!

Ok tata. Nak tido dah. Selamat bersahur u'olls! :D

Wednesday, August 3, 2011

Resipi air asam

Air asam buat cicah ikan bakar. InsyaAllah sedap : )

Bahan-bahan (2-3 orang makan):

4 biji cili padi dihiris (kalau nk berasap telinga, pedih anak tekak, sila tambah lagi)
3 biji bawang merah didadu kecil
1 biji tomato didadu
2 sudu besar pes asam jawa Adabi
3 biji limau nipis
Belacan (lebih kurang besar sebiji limau nipis kecik)
Garam (1/2 sudu kecil)
Gula (1 sudu besar)
Air masak (1/4 cawan)

Sukatan sememangnya kena adjust ikut lidah masing2. Bukan apa, garam, gula & limau yang berlainan asal-usul kan ke tak sama tahap masin/manis/masamnya? Ni saja bagi kot2 la ada yang tak berapa reti nak agak.

Cara2nya:

1. Dalam lesung batu, tenyehkan belacan, garam & gula.
2. Dalam satu mangkuk, satukan cili padi, bawang & tomato yang telah dihiris/didadu.
3. Kemudian, ambil 1/2 daripada cili padi, bawang & tomato tadi, tenyehkan sekali dalam lesung.
4. Hiris limau nipis dan perah jusnya ke dalam mangkuk berisi cili padi, bawang & tomato. Kulit dari 2 biji limau nipis tadi, masukkan sekali dalam mangkuk tu.
5. Kulit yang lagi sebiji limau nipis pulak, masukkan dalam lesung tadi & tenyeh bersama2. Tenyeh ok, jangan tumbuk dek non, kotor dapur nantiii.
6. Sekarang, boleh kaut kandungan lesung batu (belacan, garam, gula, cili padi, bwang, tomato, kulit limau), satukan dengan bahan2 dalam mangkuk.
7. Masukkan pes asam jawa & air masak. Kacau sebati.
8. Rasa. Apa yang terkurang silalah tambah. (Kalau time posa2 ni, dengar azan maghrib je rasalah ye)


Selamat mencuba! :D

Tuesday, August 2, 2011

Menu berbuka 2 Ramadhan 1432H

Air tembikai yang kedekut tembikai. En Izzad yang beli : )

Kurma Sunsweet & kuih-muih belian si suami

Ikan siakap bakar

Gu ikan bakar, air asam & sambal kicap

Sayur campur goreng


Alhamdulillah atas kurniaan rezeki & nikmat berbuka bersama-sama. : )

Monday, August 1, 2011

Ramadhan datang lagi

Ramadhan kali ni adalah Ramadhan kedua kami sebagai married couple. Rasa seronok sangat bila tiba Ramadhan. : )

Mood bulan Ramadhan ni lain macam, tenang je. 2-3 hari sebelum masuk Ramadhan, suasana awal hari berubah. Mendung & berangin, bestt. Rasa macam autumn in Utrecht.

Pagi tadi berjaya bersahur dengan suami. Selalunya dia tak berapa nak bangun sahur, tapi baru-baru ni mak sudah ceramahkan saya, yang telah saya sampaikan kepada si suami, jadinya kami berusaha la bangun, sahur betul2.

Kata mak, "mangkit la soq, jangan malaih2. Pahala tau soq tu. Lagipun kalau makan awai pagi tu, baru la Ejad ada tenaga nak buat qeja. Bangun dekat2 nak imsak la, dah siap2 makan, subuh terus. Lepas tu mengaji ka sikit. Dah siap tu, mandi la, pi qeja awai."

Haa gitu. Step by step diajarnya, macam kanak2 tadika. Hehe..

Tapi sahur pagi tadi, menunya sedih sikit. Si Aiman pun tak approve. "Apa? Abang Ejad makan megi? Tak elok tau makan megi.. Esok dia dahaga.. Suruh dia minum ayaq banyak2", katanya melalui phone call waktu sahur pagi tadi. Anak mak sungguh kan? Bukan main lagi pandai berleter. ;p

Ok2. We get it. Esok soq nak masak nasik, buat ayam goreng kunyit + rebus telur masin, etc. : )

Akhir kata,

Selamat menjalani ibadah puasa, selamat bertarawikh & menghayati Ramadhan. Semoga diberkati olehNya. Amiin..