Monday, August 30, 2010

Tweets

Tweet tweet (Hi!).

Harini ramai orang cuti tapi saya kerja.

Kerja tak ada. Jadi saya ke bank, tukar duit.

Lepas tu, bawak kereta untuk dicuci.

Sekarang dah kembali ke pejabat. Melayari internet sambil dengar lagu raya. Semangatttttt nak raya. ;D

Tweet tweet (Bye!).

Friday, August 27, 2010

Pau Sambal


I'm excited!! Sebab dah boleh buat sendiri menda alah yang Ejad & i suka sangat-sangat. ;D

Pertama kali buat sempena berbuka puasa dengan kawan-kawan. Senang jugak nak buat rupanya. Doh untuk pau ada persamaan sikit-sikit dengan doh piza & doh roti naan.

Yang i buat ni saiznya ada besar ada kecik. Gelap sikit pulak tu. Bak kata Ejad, "Ok pau tu. Tapi kenapa pau b buat gelap? Macam Roti Boy (mexican bun) Ejad tengok".

=_='

Oh, kalau nak tengok resipinya, klik sini. Resipi ni menghasilkan pau yang garing di luar & lembut gebu di dalam. Sambal ikan bilis sendiri adjust lah ye. ;p

Thursday, August 26, 2010

Random

1. Gumbira dalam hati sebab kerajaan kasi bonus raya. ;D

2. Harini sakit hati di jalanraya sebab pemandu-pemandu "berhemah". Tak pasal-pasal termaki "ba** lah dia ni". Sekali jenguk ke tepi, pak aji pakai kopiah rupanya. Mahap la.

3. Semalam berbuka dengan air kelapa lemon (Ejad beli mengikut senarai air most wanted dia). Sedap rupanya air kelapa muda + lemon. ; ) Lepas tu ada juga nasi goreng, murtabak & pecal tak cukup syarat.


4. Boss suka suki suruh hadir ke sebuah bengkel (bukan bengkel kereta). Jawab soalan haku dulu, RM 850 registration fee tu jabatan nak tanggung ke tidak? Kalau tak, kirim salam. Sepanjang tahun ni dah 1 conference & 1 bengkel yang dihadiri guna duit sendiri tau. Tu tak termasuk permohonan PhD ke universiti di US lagi. Kena bayar okeh. Apa ko ingat haku yang tak layak-layak naik gred gaji ni kaya???????

4. Kenapa dah ada Masters pun U*M tak kasi naik gred gaji????????????????????? Ba** betul.

5. Petang ni nak buka puasa dengan kawan2. Yeahooo!!! Tak datang siap korang.

6. Baru pukul 11.41 tengah hari rupanya. Ces.

Wednesday, August 25, 2010

Mi Siam

Juadah berbuka puasa 14 Ramadhan, Selasa.

Air soya bandung Ejad beli. Dari hari sebelumnya dia dah plan nak beli air ni. Sebenarnya tiap-tiap hari Ejad akan plan air apa yang dia nak beli esoknya. Dasat laki mak.

Cendawan tiram goreng. Yang ni memang terbaik sebab coating dia masih rangup waktu berbuka. Cuma dia masin sikit lah. Ini pun Ejad beli di Pasar Ramadhan Taman Equine, direct lepas balik kerja.

Ini Mi Siam si bini masak sebab lakinya sebut-sebut. 1st time masak berdasarkan ingatan makan Mi Siam di rumah Kak Long lepas majlis kenduri kahwin kami 2 bulan lepas. Ejad kata sedap, i pun rasa sedap. Haha. Mamposs.. ;p

Ok sebenarnya ayat Ejad kata sedap tu, situasi dia macam ni:

Bini: Ok tak rasa dia, ada kurang garam ke apa ke? Kalau nak kicap ke sos ke bagitau okeh. (Dalam hati - cakaplah sedap wahai suamiiii. Penat i masak tau)
Laki: Tak yah, ok dah rasa dia. Sedappp..... (Sambil naikkan ibu jari ke atas)

Jadi cemana? Boleh pakai ke tidak pengakuan sedap tu? ;p

Tuesday, August 24, 2010

Ahad

Ahad baru-baru ni, kami sekeluarga ke Ikea/Ikano. Adik tak ikut, dia balik Shah Alam ada kelas ganti di tengah hari Ahad.

Ayah nampak kerusi terus duduk. Si budak kecik dok meggeletis "nak pi tempat mainan budak-budak". Rupa-rupanya dia maksudkan Smaland tu..

Bagus tak model ni? Tak payah kasi arahan, dia terus pose baik punya. ;D

Awat semua orang dok jadi model kerusi nih?

Smaland dah penuh. Kena tunggu 1 jam baru boleh masuk. Aiman dah tarik muka masam mencuka. Bawak dia ke Pet Safari di Ikano. Alih-alih, ada "tempat mainan budak-budak" betul-betul di sebelah Pet Safari. Rezeki Aiman la tu. RM 8 per entry (tiada had masa).

Kali ini kami berbuka puasa di luar. Ayah dah jemu ke pasar Ramadhan. Nak masak tak larat dah. Kami pi order awal, pukul 4 petang (lepas balik dari Ikea).

Lepas 10 minit kami berbuka puasa barulah Ayah, Adik & Ejad tiba di restoren. Ayah & Ejad pi rescue Adik yang tayar keretanya pancit selepas tol Puchong.

Sebenarnya Adik ditugaskan membeli kek birthday mak. Sambut awal sehari memandangkan semua anak-beranak dah terkumpul. Kek sangat sedap, Secret Recipe's Chocolate Indulgence. Tapi sangat besar sampaikan mak sedekah 1/4 kek kepada pekerja-pekerja restoren.

Tengok budak rambut tempurung ni. Patutnya birthday girl la tiup lilin. Cheh.
Oh, kek masih berbaki sampai ke hari ini dalam fridge kami. Sesiapa nak silakan datang. Hihi..


p/s: Happy 50th birthday mak! All of us love you sooo much!

Buka puasa galore II

Kalau semalamnya cuma mak, ayah & Aiman bertiga yang ke pasar Ramadhan Presint 2, hari Sabtunya kami sekeluarga (6 orang) ke sana. Masa ni, Hisyam baru sampai dari Penang. Dia tak ikut mak ayah datang pada hari Jumaat tu, sebab dia tak dapat cuti.

Note: Ejad tak ada sebab dia masih bertugas membina bangunan nun di Kuala Lumpur. ;p

Hari: Sabtu (21 Ogos 2010/11 Ramadhan 1431H)
Masa: 4.15 petang
Tempat: Pasar Ramadhan Presint 2, Putrajaya

Sesekali buat peqhak, ambik gambar di pasar Ramadhan.
Gemoknya Adikk. Eh. Hehe..

Kakak yang gemok jugak, cuba nak menyelit tepi ayah. Hihihi..
Ah, tudung tu yang buat muka lagii bulat. ;p

Kakak gemok dah penuh kedua-dua belah tangannya

Kat sinilah kakak & Hisyam hampir-hampir terbeli cempedak goreng gara-gara baunya yang sungguh menusuk kalbuu. Jalan depan sikit, tergugat nafsu dengan bau char koey teow pulak. Bahaya bahaya bahaya.

Nak tengok hasil belian? Jom! ;D

Sate ayam & daging ayah beli.

Masa berbuka, sate ni parking betul-betul depan Ejad. No prize for guessing who ate the most satay. ;p

Ini kakak yang teringin. Ketupat palas & rendang daging.
Ketupat palas 10 biji = RM 5. Rendang daging sebekas kecil = RM 5.

Bila berbuka, kakak cuma boleh sumbat satu ketupat saja. Cheh.

Cendawan goreng Hisyam beli. 2 pek pulak tu dia borong. Akhirnya habis ketika sahur.

Mak beli akok & karipap sardin saja. Ayah pulak beli popia bersira, kuih bakar bentuk bunga, agar-agar gula merah & kolek kacang. Ayah menang. ;D

Asam pedas daging tetel di gerai Asam Pedas Melaka. Kakak yang teringin. TAK SEDAP.

Gulai ikan tenggiri. Mak yang beli. SEDAP.

Mak beli sambal tumis ikan bilis & petai. Ok la rasa dia.

Ikan bakar wajib ada. Kali ni, ikan temenung (kembung) & pari. Air asam cayaq ceroi.

Sup sayur masak sendiri sebab tak beli sayur di pasar Ramadhan. Hihi..

Oh, lupa nak ambil gambar air. Ada air kelapa, air tebu & teh o panas (mak bancuh). Untuk Aiman, ada nasi ayam & nasi lemak bungkus. Dia yang beria-ia nak makan kedua-dua tu. Sekaliiii, nasi ayam sebungkus pun tak habis. Apatah lagi nak makan nasi lemak. Tu lah dia, nafsu budak kecik yang berpuasa.

Hah. Penat upload gambar.

Buka puasa galore I

Jumaat lepas, mak, ayah & Aiman datang berkunjung ke Seri Kembangan. Sebenarnya ayah ada tugas di Kementerian _________________ (panjang sangat malas nak taip), Putrajaya.

Petang Jumaat tu, mak telefon cakap ada di pasar Ramadhan Presint 2. I balik kerja, mak, ayah & Aiman sudah ada di rumah. Plastik makanan? Berdoyon atas kaunter dapur. Hihihi..


Hidangan berbuka malam tersebut. Tengok pun rasa kenyang. Hihi..

Ayam masak pedas, siput sedut lemak cili api, kerapu masak pedas, kerabu mangga, dalca (untuk Aiman punya nasi beriani) & sayur campur

Ada jugak pajeri terung, ulam-ulaman, sambal belacan, sambal tumis udang & ikan terubuk bakar +air asam

Rasa puas hati dapat makan terubuk bakar & siput sedut yang sangat sedapp! Berebut-rebut dengan Adik yang sampai di rumah lepas waktu berbuka, dia tersangkut dalam kesesakan antara Shah Alam - Seri Kembangan.

Oh ya, nampak macam banyak kan, tapi bila sahur, habis la semua lauk-pauk tu. Tinggal ulam & sambal belacan je. Maklumlah, perut-perut lapar banyak. 6 jumlahnya termasuk perut si Aiman. ;D

Selasa lepas punya cerita

Air longan

Puding roti bercoklat Toblerone
(coklat tu door gift kenduri Serdang. Haha)

Masalodei (lagi)

Bahan-bahan tabur

Bubur ayam yang Ejad teringin nak makan

Yang ni pun Ejad teringin tau, bukan bininya pemalas okeh. Mi Sedap goreng perisa asli.


Semuanya home made kali ni, selamat duitt.. ;p

Monday, August 23, 2010

Tak reti bahasa

Aiman: Kakak, nanti Aiman nak suruh mama buat (akaun) Facebook kat Aiman.

Kakak: Hah? Mana buleh. Cik kecik lagi. Facebook tu ada had umoq. Kalau bawah berapa belaih tahun ka, tak buleh tau.

Aiman: Awat pulak? Kawan Aiman pun ada Facebook.

Kakak: Hah, tu kawan yang jeneh tak qeti bahasa la tuh.

Aiman: Apa pulak tak qeti bahasa, dia tu pengawas..


=_='

************************************************************************************

Situasi: Mak & kakak sedang bercakap di telefon. Aiman ada di belakang mak menyibuk-nyibuk.

Mak: Semalam mak baca Quran sat. Aiman pun sibuk nak baca jugak.

Kakak: Ya ka? Aiman baca apa?

Mak: Aiman baca Alif-Lam-Mim, lepas tu baca surah al-Baqarah dapat la 3 mukasurat. Tapi dia baca merangkak-rangkak la..

Kedengaran suara Aiman menjerit-jerit di belakang: Dak la, mama tipu. Mana ada Aiman baca merangkak. Aiman duduk elok-elok la. Mama tipu!

Friday, August 20, 2010

Takde gambar

*Updated. Bergambar sudah. ;D

Silalah percaya cerita tiada bukti.

2 hari lepas kami berbuka puasa makan nasi beriani sedap nak mampos beli di pasar Ramadhan Seri Serdang. Gambar ada, tapi belum sempat transfer dari memory card ke pendrive (akak buat new post di opis saje sebab berokband di rumah langsung tak bleh diharap). Nasi tersebut tu, sedap memang sedap tapi harganya lebih mahal daripada biasa. Sudahlah begitu, lauk pun ayam saja. Kalau di pasar malam biasa, dapat daging jugak tau. Nevertheless, kenyang macam ular sawa telan bapak kambing.

Ni lah dia nasi beriani sedap tu

Kuih Ejad beli lepas balik kerja, pandai kan dia pilih kuih? ;D

Semalam pulak berbuka makan nasik dengan kari daging, ayam goreng berempah rangup & sayur campur. Disebabkan kari tu berbaki & Ejad ada pasang niat (kuat-kuat) nak beli roti lepas balik terawih, maka haku pun kata "tak payah beli roti b, nanti orang buat roti naan. B gi terawih baik2 okeh. Babai sayanggg" (sambil senyum lambai2 tutupkan pintu). Hah, padan muka dapat kerja. Takpe, niatnya bagus. Nak jimatkan duit laki sendiri. ;p

Ejad balik je dari masjid, terus i naikkan roti naan punya doh ke atas non-stick pan. Untuk Ejad, 2 keping cheese naan. Untuk diri sendiri, naan biasa. Saiznya kecik comel, maklumlah ini makanan lewat malam. Kalau saiznya besar2, alamatnya kami berdua bertambah besar. Buat jugak sambal ikan bilis sebagai faktor meng-up-kan kenikmatan naan.

Lepas makan, tanya Ejad ok ke tidak naan yang bininya buat tu. Katanya, "Ok, tapi nanti Ejad hantar b berguru dengan mak Ejad". Sudah. Ni lah jawapan yang tak suka didengar nih. Apeke salah naan haku? Naik kembung elok segala. Tak sedap kot mana lagi? Jawabnya, "naan mak Ejad buat besar tau". Alahai suamiku..

Lepas tu gatal2 tanya lagi, "best tak orang letakkan cheese untuk naan eby tadi?". Dapat habuan bila dia jawab, "ada cheese ke?".

Chait.

Wednesday, August 18, 2010

Hotal Seri Melesiya


Aiman is 8 now. How time flies.

For almost a year, he whined about wanting a handphone so that he would not bug others for their handphones. He likes playing games & recording his own singing and then playing it back gazillion times, loudly (imagine that). Nevertheless, I do not see the point of buying a handphone for him. Somebody please give me at least 5 good reasons. Well, no matter what others (mum, myself) think, my dad went ahead and bought a Nokia for him. I guess the only reason is fatherly love. Sweet, sweet daddy. As always. ; )

Anyway, last night he texted his only sister.

Aiman: Kakak aiman pegi bukak pusa di hotal seri melesiya
(see all the spelling errors? Hihihi)

Kakak: Amboi. Seronoknya baby kakak berbuka puasa di hotel. Mesti makanan dia sedap-sedap kan.. : )
(kakak replied about an hour later, trying to set a good example by spelling every word correctly)

Aiman: Tak


Ohhhhh.. =_='

Tuesday, August 17, 2010

Oh tidakkkkkk

Semalam sambut Ejad balik kerja di muka pintu. Di tangannya ada bungkusan plastik. Hmm, apakah?

Yaaa, suamiku singgah di pasar Ramadhan membeli sebungkus air tebu, 5 biji baulu, 2 ketul donat & 3 ketul karipap. Maka rekod "berbuka tanpa pasar Ramadhan" tidak dapat dilestarikan secara berterusan. Sebenarnya, tiada apa masalah pun. Sengaja bini dia ni gatal-gatal nak cuba try test (benci kan frasa ni?), berapa lama boleh bertahan tanpa pasar Ramadhan. Hihihi...


Hasil pembelian - sekaler semuanya. ;p

Lauk-pauk semalam. Malas punya hal. Ayam & ikan lauk Jumaat lepas (buruk benar bunyinya). Sambal hari Sabtu (yang makan dengan nasi kuning) ditambah bilis & kacang goreng. Buat telur dadar & sup sayur.


p/s: Sejak akhir-akhir ni, banyak betul berita orang mengamuk bunuh-bunuh ahli keluarga, tembak orang, buang baby, bunuh baby. Takuttttttttttt (kiamat dah makin dekat?)

Monday, August 16, 2010

Renungan

Rasulullah S.A.W. telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku mencintai lima dan lupa kepada yang lima:

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.
2. Mereka cinta kepada harta-benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.
5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Renung-renungkan, semoga mendapat manfaat dari perkongsian. ; )

Sunday, August 15, 2010

Bihun sup utara

Tajuk post kali ini Ejad yang kasi. ;D

Juadah berbuka hari Ahad, 5 Ramadhan 1431H.


Bihunnya kaler kuning, supnya kaler gelap2. Dalam gambar ni pudar je warna. Salah kamerakah? Kisahnya, mak mentua kasi daging. Tak tau nak masak apa. Ejad kasi idea, samada nasi daging atau bihun sup yang banyak daging tu. Baik bos! ;D


Bahan-bahan tabur. Wajib ada: Daging, lobak masin, tauhu, daun bawang daun sup & bawang goreng. Sawi tu sendiri tambah. Oh, satu lagi yang wajib: sambal (cili kering kisar+puri tomato+garam+gula).


Masalodei/Vadei - kami berdua lebih suka kuih yang savoury (pedas/masin/berlauk) berbanding kuih manis.

Tapi di bulan puasa ni, eloklah ada jugak kuih manis. Sunat berbuka puasa dengan makanan manis. Kurma atau air manis pun memadai. Tapi masa tinggal lagi 45 minit nak berbuka, kerja dapur pun dah siap, tiba-tiba terasa gatal tangan nak menggentel buah Melaka/onde-onde. Buat 10 biji saja. Tiada pembaziran. ;D


Tak cukup manis? Nah ambik kau. Rootbeer float ala A&W. Hai la air.. Kenapalah kau bersusun elok tepi kaunter pembayaran? Laki mak tak tahan godaan, lalu disambarnya sebotol. Jangka hayat air dalam botol: 2 hari.
p/s: pun tak jejak pasar Ramadhan

Saturday, August 14, 2010

Berjaya!

Menu 4 Ramadhan 1431H

Nasi kuning, rendang ayam, dan aksesori tambahan seperti yang terlihat. Konon-konon nak hasilkan Nasi Kuning Rendang Ayam sebijik macam Lemongrass punya. ;p

Sebenarnya masak nasi tomato, nasi lemak, nasi kuning, nasi ayam, etc. kadang-kala terasa lebih mudah daripada memasak nasi putih & lauk pauk. Bukan apa, otak kadang-kadang buntu nak fikir set lauk-pauk yang ngam untuk nasi putih. Kan kan?

p/s: Hari ini kami berjaya tak ke pasar Ramadhan. Weee!! ;D

Friday, August 13, 2010

Comel

Semalam gigih la masak untuk berbuka.

Menu:
1. Nasi putih
2. Ikan belah belakang (cencaru sumbat)
3. Ayam bakar
4. Kacang panjang+lobak merah goreng

Masak tak siap lagi, Ejad tiba di rumah & kami terus ke pasar Ramadhan depan rumah. Ejad beli pau sambal, bergedil daging & siput sedut masak lemak cili api (ni isterinya punya angkara).


Balik tu, kelam-kabut berkuntau siapkan masak2 sebelum azan berkumandang. Ejad asyik tanya "ada apa-apa nak tolong tak?" Hah kau, sekali dapat tugas masak nasik & tuang air oren Tropicana Twister dalam jag, campur ais please. ;D

Bila dengar azan, Ejad pun berbuka dengan menelan air beria-ia. Bergelas-gelas. Siput sedut last kopek dari gerai makcik tu, kemain disedut. Berebut-rebut kami mencedok. Padahal tak la fresh mana pun siputnya. Tapi dah kepingin tu kan, balun je lah. Ayam bakar belum siap. Masih atas grilling pan. Bila Ejad dah masuk pinggan kedua, baru ayam tu siap. Yang si isteri ni beria la ambik seketul ayam tu dari dapur, bawak letak dalam pinggan suami.

Muka suami? Takde mood okeh. Isteri bawak sos cili, mustard segala pun dipandang sepi. At last katanya, "tak lalu la. Kenyang minum air banyak sangat". Sungguh la menghiris kalbu. Kupikir ayam tu la yang spesel semalam. Cet.

Sahur tadi pulak, si isteri bangun goreng nasi. Bau nasi goreng semerbak satu rumah. Rencah nak tumis siap tumbuk berlesung batu bagai. Suami bangun, mata tutup-tutup. Suap nasi ke mulut macam tak ikhlas je. At last, "tak nak dah. mengantuk".

That's it. Esok nak kejut kasi minum air kosong & kurma 3 bijik.

Mak sentapppppppppppp.










p/s: I love you bebby comel. Hik. ;D

Thursday, August 12, 2010

Ini baru cun

Semalam dapat surprise gifts dari Azalea, my junior cum colleague now. Sangat2 sweet bila dia kasi satu gambar dibingkaikan dan sekeping CD. Both are actually my wedding gifts. Katanya sorry lambat. Memang lambat dik oii.. ;p

1st shot - muka garang sangat katanya

2nd shot - senyum sikitt je. Btw, lighting cantik. Good job Aza! ; )

Ni dah ketawa besar nih :D

Subjek utama - bekas bunga rampai atas dulang hantaran hasil tangan Kak Long. Sweet kan?

I like this pic very much - it captures the bridal room from a wider angle. Nicee! But I hate my facial expression, so there you go.

p/s: Well done Aza! Compliments & gratitude from both of us. ;>