Assalamualaikum..
Lama tak menulis. Banyak perkara dah berlaku. Masa pun pantas berlalu. 2013 sudah jadi sejarah. Sibuk, sibuk dan sangat sibuk dengan macam-macam perkara sampai lupa hal blog.
Nak buat update bergambar yang cepat-cepat ajelah (macam biasa) :)
Disember 2013 - kami sekeluarga bersama kawan-kawan telah bercuti di Aberfeldy, Scotland. Rezeki dari Allah - merasa main salji di sana. Bawah ni semuanya gambar-gambar di Scotland. Banyak sangat gambar sampai tak larat nak pilih (kalau dah malas tuuuu).
Oh ya, Alisya dah 9 bulan! Dah boleh berdiri dengan support, pandai sepahkan rumah, pandai mintak makanan, pandai makan. Hehe. Pandai cium pipi mak dia. Gigi baru ada 2 batang di gusi bawah.